Sebentar tadi laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai akhir 24 pemain skuad bawah 23 kebangsaan (B-23) yang bakal membawa cabaran negara untuk beraksi dalam kejohanan Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada 4 Mei ini.
Siaran Media: Senarai 24 Pemain Skuad B-23 Kebangsaan Ke Hanoi, Vietnam Bagi Menghadapi Sukan SEA 2021
▶️ Baca penuh siaran media ini di https://t.co/jaqoTX59qH#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/FXLvjMDfsq
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 3, 2022
Dalam kejohanan tersebut, anak buah Brad Maloney telah diundi bersama Thailand, Kemboja, Singapura, dan Laos dalam Kumpulan B yang dilihat agak seimbang secara keseluruhan.
Walaupun senarai akhir yang bakal didaftarkan oleh skuad kebangsaan hanya 20 pemain sehari sebelum saingan bermula, empat lagi wakil negara bakal berada dalam senarai menunggu sekiranya ada individu positif Covid-19 di Hanoi nanti.
Jika dilihat pada senarai pemain kali ini, nyata Maloney lebih bersedia dengan beberapa nama agak menarik dibawa seperti Hadi Fayyadh, Danial Asri, serta Rahadiazli yang masing-masing sedang menunjukkan perkembangan positif bersama kelab diwakili.
Berbanding dalam kejohanan AFF B-23 pada Februari lalu, nyata kali ini mereka tampil dengan beberapa perubahan pemain yang dijangka bakal memberi impak dalam saingan Sukan SEA dengan barisan pemain lebih berkeyakinan.
Hari Ke-15 Kem Latihan Pusat Harimau Malaya B-23 Menjelang Sukan SEA 2021
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney meneruskan sesi latihan hari ke-15 dan sesi terakhir di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, petang ini.
▶️ Baca penuh di https://t.co/Z4hF8WNNd4 pic.twitter.com/eiunhM3Y2t
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 3, 2022
Hadi Fayyadh ketika ini berada prestasi terbaik beliau setelah kembali pulih daripada kecederaan untuk memberi impak positif bersama kelab diwakilinya iaitu Azul Claro walaupun dimasukkan sebagai pemain simpanan.
Aksi Hadi berjaya mencuri tumpuan pengendali kelab Azul Claro iaitu Masataka Imai apabila beliau menghamburkan pujian kepada pemain muda tersebut biarpun sekadar beraksi di penghujung perlawanan.
Selain Hadi, aksi Rahadiazli juga dilihat bakal mencuri tumpuan apabila pemain ini mengalami nasib lebih kurang sama seperti pemain dari kelab Jepun tersebut setelah mengalami kecederaan panjang dan kembali bangkit dengan positif bersama Terengganu awal musim ini.
Nama lain yang dilihat bakal memberi impak lebih baik di bahagian serangan pastinya tertumpu kepada Luqman Hakim Shamsudin dari KV Kortrijk serta Danial Asri yang sedang menikmati musimnya bersama Selangor ketika ini untuk memberi Maloney lebih pilihan di posisi tersebut.
Malaysia bakal memulakan kempen Sukan SEA kali ini pada Sabtu, 7 Mei, 2022, 8 malam untuk bertemu Thailand sebelum menghadapi Laos pada Rabu selepas itu, Singapura pada 14 Mei serta Kemboja akhir sekali dengan kesemua aksi dijangka berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.
Di Kumpulan A menyaksikan tuan rumah iaitu Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina, dan Timor-Leste bakal membuat perhitungan untuk menentukan siapa layak ke pusingan seterusnya di Stadium Viet Tri, Phu Tho.
Menurut peraturan, hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan sahaja layak ke pusingan separuh akhir pada Khamis, 19 Mei di Stadium Thien Truong dan Stadium Viet Tri.
Untuk penentuan pingat gangsa dan Final dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Mei di Stadium My Dinh, Hanoi.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!