8 Pemain Import Liga Premier Pernah Beraksi Dan Masih Aktif Di Peringkat Antarabangsa

Musim ini, kebanyakan pasukan berjaya menandatangani pemain import berprofil tinggi untuk dibawa beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bagi memperkuatkan kelab masing-masing.

Ada yang hadir dengan latar belakang kurang menyerlah bersama pasukan lama, namun sebaliknya berlaku apabila bermain di Liga Malaysia.

Di Liga Premier ketika ini, terdapat tujuh pemain import yang masih aktif mewakili skuad kebangsaan serta pernah bermain untuk pasukan negara masing-masing yang dilihat mampu membantu kelab menerusi pengalaman mereka beraksi di pentas antarabangsa.

Kerverns Belfort

Penyerang import Kelantan ini antara tiga pemain baharu yang ditandatangani bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan.

Lincah, mempunyai skil individu yang baik, serta rajin membuka ruang menjadikan beliau sebagai kunci penting serangan Kelantan dalam setiap perlawanan.

Belfort masih lagi aktif bersama skuad kebangsaannya dan sudah beraksi sejak tahun 2010 sejak kelayakan Piala Dunia dahulu.

Fadel Antar

Salah satu pemain kebangsaan dari Lubnan yang hadir beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini bersama Kelantan.

Selain Antar, seorang lagi rakan senegara beliau iaitu Hilal El-Helwe turut beraksi di posisi serangan yang bermain di Liga Super bersama Penang.

Walaupun Antar tampil dengan latar belakang yang agak menarik, corak permainan beliau masih dilihat kurang memberansangkan bersama Kelantan sehingga kini.

Antar masih lagi aktif bersama Lubnan dan pertama kali dipanggil sertai skuad senior kebangsaan pada tahun lalu setelah pernah beraksi bersama pasukan bawah 23 (B-23) negaranya.

Natanael Siringiringo

Pemain kebangsaan Indonesia ini mula mencipta nama musim lalu bersama Kelantan sebagai salah seorang pemain import muda di Liga Premier.

Kebolehan beliau dari segi kepantasan, skil kawalan bola yang menarik serta daya membuat hantaran bagus menyaksikan Siringoringo menjadi salah seorang pemain penting buat skuad kendalian Rezal Zambery Yahya.

Pemain ini mula membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Indonesia pada musim lalu dengan menjadi salah seorang pemain kesebelasan utama.

Martin Adamec

Merupakan pemain import baharu ditandatangani PDRM musim ini bagi memperkukuhkan serangan.

Adamec merupakan bekas pemain muda kebangsaan Slovakia namun gagal untuk menembusi skuad senior negara beliau.

Beliau setakat ini berjaya memberikan impak buat pasukan dengan lima gol diledak daripada enam perlawanan.

Mirbek Akhmataliev

Seorang lagi pemain serangan PDRM yang turut aktif beraksi bersama skuad kebangsaan sehingga kini.

Akhmataliev merupakan pemain kebangsaan Kyrgyzstan dan mula membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa pada tahun 2016.

Keanu Marsh-Brown

Bekas pemain Fulham tersebut mula menyertai Kuching City pada musim ini dengan beraksi di bahagian serangan.

Keanu kini aktif beraksi bersama skuad kebangsaannya iaitu Guyana yang berada di ranking 174 dunia.

Uniknya, pemain ini pernah beraksi bersama skuad pembangunan England sebelum memilih Guyana sebagai pasukan kebangsaannya.

Abu Kamara

Seorang lagi pemain kebangsaan Liberia yang pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia untuk mewakili Kuching City.

Kamara merupakan pemain muda Liberia yang beraksi di bahagian serangan sama seperti seniornya iaitu Kpah Sherman di Terengganu.

Beliau mula mencipta rekod kebangsaan pada tahun lalu bersama Liberia dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Nigeria.

Masashi Motoyama

Pemain Kelantan United ini mula beraksi di saingan Liga Malaysia sejak musim lalu di posisi tengah.

Motoyama sebelum ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Jepun sejak tahun 1999 untuk kejohanan Piala Dunia Remaja di Nigeria.

Sejak itu beliau konsisten beraksi untuk pasukan kebangsaan sehingga pada tahun 2006 dengan memperoleh pelbagai kejuaraan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN