‘The Great Carletto’ – Carlo Ancelotti Muncul Pengurus Pertama Menang Semua 5 Liga Utama Eropah

Carlo Ancelotti La Liga

Real Madrid menoktahkan pemburuan kejuaraan La Liga musim ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Espanyol, sekaligus memastikan Carlo Ancelotti menjadi pengurus pertama dalam sejarah yang menjuarai kesemua lima liga utama di Eropah.

Pengurus Itali tersebut gagal memenangi gelaran liga ketika menduduki jawatan yang sama di Santiago Bernabeu sebelum ini, namun kali ini beliau menebusnya dengan langkah bergaya.

Menyingkap kembali awal kariernya dalam bidang kejurulatihan, Ancelotti gagal memenangi Serie A sewaktu mengurus Reggiana, Parma dan Juventus, beliau akhirnya meraih gelaran tersebut pada 2004 bersama AC Milan.

Selepas meninggalkan Milan pada 2009, Ancelotti menyertai Chelsea dan berhasil memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertamanya, malah membawa kelab tersebut memecahkan rekod menjaringkan 100 gol dalam satu musim.

Selepas dipecat oleh pengurus The Blues pada penghujung musim berikutnya, pengurus warga Itali berkenaan membawa diri ke Perancis selepas disunting oleh Paris Saint-Germain (PSG) dan meraih kejuaraan Ligue 1 pada musim keduanya.

Reputasi besar dimiliki oleh Ancelotti atau nama gelarannya ‘Carletto’ meyakinkan Real Madrid untuk membawanya ke ibu kota Sepanyol tersebut.

Namun dua musim di kelab berkenaan berakhir dengan kekecewaan apabila menamatkan aksi liga sebagai naib juara di belakang Real Madrid pada tahun pertama dan kemudian Barcelona pada musim berikutnya.

Selepas meninggalkan Sepanyol pada 2015, Ancelotti ‘berehat’ dari menerima mana-mana tawaran sehinggalah beliau menyertai Bayern Munich pada 2016 dan memimpin The Bavarian menjulang kejuaraan Bundesliga.

Selepas itu, Ancelotti sempat ‘singgah’ di Napoli dan Everton sebelum kembali ke Real Madrid bagi menggantikan Zinedine Zidane.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN