‘Arif Aiman Ke-2 Terbaik Perlawanan’ – Ini Rating 4 Pemain JDT Yang Berpuasa Saat Muncul 16 Kelab Terbaik Asia

Arif Aiman JDT Ulsan Hyundai ACL 2022 16 terbaik Asia

Masih belum habis dengan kisah Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melakar sejarah di pentas tertinggi Asia, AFC Champions League (ACL) 2022 setelah berhasil mara ke pusingan kalah mati – 16 pasukan terbaik Asia.

Mengapa ia terus menjadi siulan di serata bumi Malaysia? Tentunya disebabkan ia satu sejarah yang besar buat JDT selepas empat kali percubaan melepasi peringkat kumpulan. Itu belum lagi kita kira empat edisi sebelum itu di mana Harimau Selatan berusaha untuk memecah masuk ke peringkat kumpulan dari pusingan kelayakan.

Harus diakui semua, ia satu perjalanan yang tidak mudah buat majoriti pasukan yang berpangkalan di Malaysia.

Jika tiada sekelumit bangga dari warga Malaysia dengan pencapaian ini, mungkin mereka ada masalah hati.

AFC MA Ranking 2022 Mei
AFC MA Ranking terkini pada 1 Mei 2022

Lewat petang semalam, JDT telah melakar sejarah yang tersendiri. Mereka juga dalam pada masa yang sama membantu menaikkan AFC MA ranking Malaysia dengan ketika ini sudah memiliki slot 2+2 untuk pertandingan kelolaan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), tahun hadapan – 2 slot ke ACL dan 2 pusingan kelayakan ACL.

Perlawanan di bulan Ramadan, berlangsung pada lewat petang dan dibarisi beberapa pemain yang berpuasa, sah ia satu cabaran buat juara lapan kali Liga Super itu. Tetapi, mereka dengan cemerlang mengharunginya.

Yang terbaiknya adalah mereka membenam juara K-League yang juga merupakan mantan juara ACL 2012 dan 2020 sebanyak dua kali dengan keputusan yang sama iaitu 2-1. Gol kemenangan pula dicipta di penghujung perlawanan, tambah-tambah dalam perhitungan ‘winner takes all’ semalam, jaringan terhasil di minit ke-93.

JDT Ulsan Hyundai ACL 2022
Rating kesebelasan utama pertembungan JDT v Ulsan Hyundai, ACL 2022

Dalam kesebelasan utama JDT, mereka membariskan empat pemain beragama Islam yang umum ketahui tentunya berpuasa. Mereka adalah kapten, Farizal Marlias, Shahrul Saad, Afiq Fazail dan Arif Aiman Hanapi.

Tiga daripadanya beraksi sepanjang 90 minit dan dalam masa yang sama sedang menjalani ibadah puasa.

Arif Aiman JDT Ulsan Hyundai ACL 2022
Statistik Arif Aiman berdepan Ulsan Hyundai

Adakah ia menghalang mereka memberikan yang terbaik? Arif Aiman membuktikan sebaliknya apabila rating Sofascore-nya adalah yang kedua tertinggi di belakang penjaring gol mereka, Leandro Velazquez iaitu 7.6.

Ia adalah hasil perah keringatnya yang tiada berpenghujung sehingga ke saat-saat akhir perlawanan yang akhirnya menjelmakan jaringan kemenangan buat mereka. Hasil gerakannya di masa kecederaan, Ulsan Hyundai jelas tertekan dan akhirnya pemain tengah, Park Yong-woo tertampan bola ke gawang sendiri.

Arif Aiman merekodkan 79 peratus hantaran tepat iaitu 22 daripada 28 hantaran sampai kepada penerima.

Farizal Shahrul JDT Ulsan Hyundai ACL 2022
Statistik Farizal Marlias dan Shahrul Saad berdepan Ulsan Hyundai
Afiq Fazail JDT Ulsan Hyundai ACL 2022
Statistik Afiq Fazail berdepan Ulsan Hyundai

Selain itu, 50 peratus hantaran lintang dan ground duels-nya juga adalah berjaya. Menariknya, beliau mencipta empat key passes – kedua tertinggi dalam perlawanan semalam selepas Leandro Velazquez. Beliau juga meraih pujian ramai pemerhati bola sepak Malaysia serta warga media di media sosial. Beliau baru berusia 19 tahun.

“Arif Aiman Hanapi sangat sensasi. Walaupun berada di minit-minit akhir yang genting, dia masih mencari rakan sepasukan dan mempunyai kepercayaan yang mereka mampu membuat kejutan. Adakalanya saya menjerit – rembat sahaja dan pentingkan diri, namun dia masih memilih untuk membuat ‘assist’ kepada kejayaan bersejarah JDT.”

Twitter T Avineshawaran, Wartawan The Star

Untuk tiga lagi pemain, mereka masing-masing merekodkan rating Sofascore yang sedang-sedang iaitu Shahrul Saad (6.5), Afiq Fazail (6.6) dan Farizal Marlias (6.7). Namun, rating mereka tetap lebih tinggi daripada empat pemain Ulsan Hyundai yang tidak berpuasa. Ia tetap satu pencapaian yang masih boleh dibanggakan mereka.

Sekalung tahniah buat JDT kerana telah mara ke pusingan kalah mati dan menjadi 16 pasukan terbaik Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN