Apa sudah jadi dengan West Ham United musim ini? Segala-galanya serba tidak menjadi untuk mereka buat masa ini.
Pada musim lalu mereka sangat cemerlang dan berjaya mara ke pusingan kelayakan Europa League. Mereka turut memiliki salah satu pemain perancang terbaik di Eropah, Dmitri Payet.
Tambah istimewa apabila mereka diberikan hak untuk bermain di stadium serba moden, Stadium Olimpik London.
Pada Jun 2016 yang lalu, Presiden mereka memberitahu akhbar Evening Standard bahawa mereka dalam proses membentuk pasukan yang akan menjuarai EPL dalam beberapa tahun lagi.
Sullivan turut membayangkan nama nama besar seperti Carlos Bacca dalam perjalanan ke West Ham. Mereka turut membelanjakan £65 juta untuk perpindahan pemain.
Untuk meminjam Zaza sahaja, mereka sanggup membayar £5 juta.
Segalanya serba tak kena pada musim baru
Bagaimanapun bermula musim baru ini, segalanya serba tak menjadi bagi West Ham.
Bermula dengan krisis kecederaan pemain yang teruk, West Ham turut ditimpa malang apabila terkeluar dari saingan Eropah di tangan kelab kecil Romania yang penuh masalah, Astra Giurgiu.
Selain itu, mereka juga turut berhadapan dengan masalah berikut:
1. 5 kekalahan aripada 6 perlawanan EPL
Awal pagi tadi (waktu Malaysia), mereka ditewaskan 0-3 oleh Southampton di tempat sendiri adalah kekalahan ke-5 mereka daripada 6 perlawanan EPL musim ini.
Kekalahan ini sekaligus membuatkan mereka terjerumus ke tangga-18 EPL. Mark Noble melabel pertahanan pasukan mereka musim ini sebagai ‘bahan jenaka’.
Mana tidaknya, selepas 6 perlawanan mereka melepaskan 16 gol. West Ham merupakan pasukan paling banyak bolos dalam EPL setakat ini.
Malah cara mereka bermain juga sudah menjadi bahan jenaka peminat bola sepak England.
This sums up West Ham's season so far pic.twitter.com/rneKolyS9V
— dan (@danmufc_) September 25, 2016
2. Penyokong bergaduh sesama sendiri
Dalam perlawanan menentang Watford pada 10 September yang lalu, penyokong mereka bergaduh sesama sendiri.
Ia berlaku selepas West Ham tewas dalam perlawanan tersebut dan ada beberapa penyokong mulai bersorak dan mengejek pengurusan pasukan mereka.
Ia tidak disenangi oleh sekelompok lagi peyokong yang masih mempertahankan pengurusan kelab mereka. Lalu timbullah pergaduhan sesama mereka.
Insiden ini mendapat perhatian serius oleh pengurusan Stadium Olimpik London yang memberi amaran supaya penyokong-penyokong West Ham tidak mengulangi insiden tersebut lagi.
3. Sorakan ‘palsu’
Tidak cukup dengan prestasi buruk, mereka dimalukan dengan pembongkaran oleh penyokong dan juga pengulas televisyen yang menyatakan bunyi bising di dalam stadium adalah audio yang datangnya daripada pembesar suara.
Bukannya dari penyokong.
Insiden ini berlaku ketika perlawanan menentang Southampton awal pagi tadi (waktu Malaysia)
Ia terpaksa dibuat untuk mewujudkan suasana lebih meriah dan positif di dalam stadium yang berkapasiti 80,000 tempat duduk itu.
Insiden ini menjadi bahan jenaka di England terutama sekali di kalangan penyokong-penyokong seteru sebandar mereka di London.
Baca juga: West Ham Tewas Kepada Kelab Kecil Romania Yang Hampir Bankrap Selepas Presidennya Dipenjara