Barcelona terpaksa melupakan halaman sendiri sebagai gelanggang rasmi pasukan sepanjang musim 2023/24 untuk memberi laluan kepada pembinaan semula dan pemodenan Nou Camp.
Perkara itu disahkan oleh kelab Catalan itu melalui satu kenyataan baru-baru ini, dan sepanjang tempoh itu Barcelona akan menggunakan Stadium Lluis Company milik majlis perbandaran.
Berkapasiti 60,000 tempat duduk, Stadium Lluis Company pernah digunakan untuk acara pembukaan Sukan Olimpik pada 1992.
Barcelona will play the 2023-24 season at the Olympic Stadium in Montjuic due to the planned renovation of the Nou Camp.https://t.co/JWstB4EA6f
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) April 28, 2022
Dalam kenyataannya, Barcelona berkata pemodenan semula Nou Camp yang kini boleh memuatkan 99,000 penonton sudah lama tertangguh, dan kerja pengubahsuaian akan dimulakan sebaik sahaja permohonan diluluskan oleh pihak majlis perbandaran.
Musim hadapan semua perlawanan masih lagi dilangsungkan di Nou Camp. Pihak kelab berharap tempoh setahun cukup untuk kerja pengubahsuaian dilakukan agar Blaugrana boleh kembali beraksi di stadium tersebut pada musim 2024/25.
Kerja pengubahsuaian dan pemodenan stadium dijangka akan terus dilakukan pada 2024/25 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025/26.
Ini bermakna sepanjang tempoh setahun selepas kembali ke Nou Camp, stadium tersebut hanya boleh memuatkan kapasiti 50% penonton sehingga ia siap sepenuhnya pada 2026.
Kerja pengubahsuaian dan pemodenan Nou Camp akan menyaksikan penambahan tempat duduk penonton dinaikkan sehingga kapasiti 110,000 penonton pada satu-satu masa.
FC Barcelona have confirmed that the club will be moving to the nearby Olympic Stadium for the 2023/24 season as the 99,354 capacity Nou Camp is set to undergo renovations in June. 🏟 pic.twitter.com/O7aTCl9XUm
— The Football Arena (@thefootyarena) April 28, 2022
Ia juga akan memiliki pavilion baharu untuk sukan lain, muzium kelab, dan juga ruang perniagaan moden dengan bajet $1.57 billion disediakan untuk projek tersebut.
Stadiuym Luis Company pernah digunakan oleh seteru setempat Barcelona, Espanyol dari 1997 sehingga 2009.
Stadium yang turut memiliki trek olahraga itu berada di kaki bukit yang berlatarbelakangkan Bandar Mediterranean.
Barcelona sebelum ini turut bercadang menggunakan Stadium Johan Cryuff yang berkapasiti lebih kecil, tetapi lokasi stadium tersebut yang terletak di bandar utama Barcelona dianggap sebagai kurang sesuai..