“2 Kali ‘Mati’ Dalam 4 Bulan” – Mino Raiola Bengang Dengan Fitnah Kematiannya

Super ejen Mino Raiola bengang kerana difitnah sudah meninggal dunia dengan peminat hari ini ramai yang terpedaya dengan berita palsu itu.

Petang tadi peminat dunia bola sepak dikejutkan dengan berita kematian Mino Raiola di usia 54 tahun kerana penyakit yang beliau hidapi.

Macam-macam komen yang dapat dilihat sebaik tularnya berita tentang kematian Mino Raiola itu dengan ada peminat yang turut bergembira meraikan pemergian Super ejen itu.

https://twitter.com/ReshadRahman_/status/1519655866391273475?t=77AOtyn54cDtULeHb1khHg&s=19

Selepas tular berita tersebut, wakil agensi Raiola telah mendedahkan kepada media bahawa:

“Berita itu palsu. Dia (Mino Raiola) masih belum mati.”

Orang kuat Mino Raiola sendiri, Jose Fortes Rodriguez turut mendedahkan kepada media Belanda bahawa:

“Dia berada dalam keadaan yang agak teruk, tapi dia masih belum mati.”

Raiola yang sudah penat difitnah tentang nyawanya itu kemudiannya turut memuat naik status di laman twitter dengan menyatakan:

“Keadaan kesihatan terkini untuk mereka yang tertanya-tanya: Menjengkelkan buat kali kedua dalam tempoh 4 bulan mereka bunuh saya. Nampaknya masih lagi boleh dihidupkan semula.”

Tuan punya badan pun dah bagi pengesahan kan? Tak mungkin korang semua masih tak percaya.

Kalau ada juga yang tak percaya, boleh lihat laporan dari manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano yang turut memuat naik status dengan menyatakan:

“Dr. Alberto Zangrillo dari San Raffaele Hospital di Milan telah memberitahu Ansa berkait keadaan Mino Raiola: ‘Saya bengang dengan panggilan telefon dari media yang membuat spekulasi tentang nyawa seorang lelaki yang sedang berjuang untuk selamat.”

Raiola sememangnya sedang sakit dan tahap kesihatan beliau masih tidak berada ditahap yang baik pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, beliau masih lagi hidup dan masih sedang berjuang, jadi agak tidak wajar untuk ada individu yang membuat fitnah menyatakan beliau sudah meninggal dunia.

Mino Raiola dikendali sebagai Super ejen kerana beliau memiliki barisan pemain yang sungguh menakjubkan di bawah agensi beliau.

Daripada Pavel Nedved, Mario Balotelli dan Zlatan Ibrahimovic, ejen bola sepak terkenal dunia yang satu ketika dahulu hanya mengenali industri pembuatan pizza itu berjaya menjadi seorang jutawan.

Pada hari ini lebih ramai pemain bernaung di bawah agensi kendalian beliau membabitkan bintang terkemuka dunia seperti Paul Pogba, Matthijs de Ligt dan Erling Haaland.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN