Satu lagi perlawanan getir bakal dihadapi Terengganu pada awal musim ini apabila mereka bakal berhadapan Negeri Sembilan dalam aksi tertunda pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.
Setelah mempamerkan aksi kurang konsisten pada perlawanan awal mereka, Nafuzi Zain selaku jurulatih Terengganu telah menuntut pada para pemain kendaliannya agar beraksi umpama di pentas final jika ingin mencatat kemenangan.
🏴🏳️KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN🏴🏳️
[ @FCTerengganu 2-0 @selangorfc ]
⚽️Faisal Halim
⚽️Kipre Tchetche (P)#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/wq4SvT0Rfw— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 22, 2022
Menurut beliau, Negeri Sembilan dianggap sebagai lawan yang kuat setakat ini apabila masih cemerlang meneruskan rekod tanpa kekalahan dalam aksi Liga Super selain mempunyai barisan pemain berkaliber.
Walaupun begitu, Nafuzi tetap yakin dengan barisan pemainnya yang ada mampu untuk memberi saingan sengit buat anak buah K. Devan seterusnya memenangi perlawanan tersebut bagi melangkah ke pusingan seterusnya.
Jelas pengendali muda berbakat itu, beliau mahu para pemain menitik beratkan tiga perkara agar kemenangan tercapai dan seterusnya melayakkan Terengganu bagi menentang Kedah pada aksi pusingan kedua Piala FA.
“Prestasi pasukan lawan dalam saingan Liga Super cukup baik tanpa sebarang kekalahan daripada lima perlawanan, jadi saya jangkakan aksi sengit terutama peringkat kalah mati ini.
“Jadi, saya ingatkan pemain agar tidak membiarkan lawan mendominasi permainan dan kedua, perlu menyekat pergerakan dua pemain import mereka iaitu Mathieus Alves dan Adetu Kossi daripada bergerak bebas terutama dalam kawasan penalti.
“Selain itu, pemain perlu menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri di depan ribuan peminat setia dengan persembahan terbaik untuk memastikan kemenangan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, malam kelmarin menerusi Arena Metro.
Dalam masa sama, Nafuzi meluahkan rasa syukur apabila tonggak serangan pasukan kendaliannya iaitu Kpah Sherman kembali bersama pasukan apabila sebelum itu pemain kebangsaan Liberia tersebut digantung satu perlawanan akibat kutipan kad merah.
“Selain itu jentera tengah gandingan Habib Haroon dan Manuel Ott semakin baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan, begitu juga barisan penyerang antara Sherman dan Kipre Tchetche serta pemain pertahanan diketuai Pape Diakite.
🏳️🏴KEPUTUSAN SEPARUH MASA PERTAMA🏴🏳️
HT [ @sufc_rasmi 0-1 @FCTerengganu ]
⚽️Kpah Sherman#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/7x5pUg0tUj
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 17, 2022
“Semua pemain tempatan berjaya memperagakan aksi terbaik dan ini sesuatu yang positif buat pasukan. Jadi, saya harap kesebelasan utama mampu menggalas tugas dengan baik untuk melangkah ke pusingan kedua,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!