ACL: Guangzhou Terus Lumpuh, Dua Penalti Bergson Hidupkan Peluang JDT

Setelah mencatat kekalahan yang teruk pada perlawanan lalu sewaktu menentang Kawasaki Frontale, kini Johor Darul Ta’zim kembali bangkit untuk menghidupkan peluang melangkah ke pusingan seterusnya setelah membenam cabaran Guangzhou FC semalam dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dalam saingan ACL musim 2022.

Penyerang sensasi mereka, Bergson Da Silva menjadi wira dalam perlawanan tersebut setelah pemain dari Brazil ini meledak dua gol untuk memastikan tiga mata digenggam oleh skuad kendalian Benjamin Mora itu.

Walaupun berjaya menghidupkan kembali peluang untuk memburu slot ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL musim ini, JDT terpaksa menempuh satu lagi laluan berliku apabila perlu mencatat kemenangan ke atas gergasi dari Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan I.

Dalam perlawanan tersebut, JDT memulakan rentak permainan dengan terus memberi adakan bertali arus ke kubu lawan sehingga memaksa pertahanan mereka membuat kekasaran ke atas Bergson pada minit ke-16 dalam kotak penalti untuk memberi peluang buat penyerang tersebut meledak gol pertama permainan setelah sepakan penalti beliau gagal dibaca oleh Zhang Jihao.

Nyata gol pertama buat JDT itu memberi motivasi terbaik buat para pemain untuk memburu gol kedua perlawanan dan pasukan lawan terus bermasalah untuk membentuk kombinasi baik menyerap asakan tuan rumah.

Bergson hampir menambah gol kedua menerusi tandukannya sebelum bola sekadar singgah di palang gol apabila menerima umpanan yang cantik daripada Syahmi Safari pada minit ke-32 walaupun jelas penjaga gol lawan sudah pun tertewas.

Dalam perlawanan ini, jelas JDT mempunyai isu yang sangat besar di bahagian serangan apabila kerap terlepas peluang untuk menambah gol seterusnya walaupun lawan tidak beraksi dengan baik.

Akhyar Rashid antara pemain yang melepaskan peluang besar untuk mencatat nama selaku penjaring gol kedua apabila sepakan pemain ini mudah ditangkap oleh penjaga gol Guangzhou biarpun mempunyai ruang yang baik hasil umpanan Arif Aiman pada minit ke-44.

Guangzhou FC nyata berjaya memperbaiki aspek pertahanan di separuh masa kedua mereka dengan lebih berdisiplin sehingga menyukarkan tuan rumah untuk menambah sebarang jaringan biarpun menguasai hampir sepenuhnya dalam permainan.

Pada minit ke-63, giliran pertahanan import JDT iaiti Carli De Murga melepaskan peluang menambah gol kedua mereka apabila tandukan beliau sedikit tipis melepasi gawang gol lawan hasil sepakan sudut yang baik diambil oleh Arif Aiman.

Tatkala ramai menyangkakan keputusan bakal kekal dengan satu jaringan sahaja, tampil Bergson sekali lagi menyudahkan penalti setelah pemain gantian JDT iaitu Ramadhan Saifullah pula dikasari pada penghujunh permainan.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan keputusan 2-0 setelah  JDT berjaya meraih kemenangan ketiga dalam saingan ACL musim ini dengan Guangzhou sekali lagi menjadi mangsa anak buah Mora semalam.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN