Pendatang baharu Liga Super musim 2022, Negeri Sembilan bakal menghadapi cabaran lawan seterusnya iaitu Petaling Jaya City yang dilihat semakin berbisa dalam setiap perlawanan dihadapi.
Berbanding skuad kendalian K. Devan ini, mereka hanya mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir dalam saingan liga dan pasukan tersebut dilihat mahu menggunakan peluang sehabis baik bagi mencatat kemenangan kedua bagi mengatasi PJ City pada Sabtu ini di laman sendiri.
Perlawanan seterusnya, menentang PJ City FC.
Skuad Jang akan bertemu pasukan PJ City FC di Paroi, Sabtu ini jam 10 malam.
Tiket telah mula dijual secara atas talian. Anda boleh mendapatkannya di https://t.co/4CxewXVP5o. Tiket berharga RM15 bagi dewasa dan RM9 bagi kanak-kanak. pic.twitter.com/FIxZY2pWWT
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) April 14, 2022
Berbekalkan sokongan para penyokong di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, nyata Negeri Sembilan bakal menggunakan segala kelebihan tersebut untuk meraih kemenangan kedua dan seterusnya mengukuhkan posisi di carta liga.
Menurut Nasrullah Hanif Johan selaku Penolong Ketua Pasukan Negeri Sembilan, dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata penting itu, pasukan perlu menggunakan kelebihan sebaik mungkin beraksi di gelanggang sendiri bagi memberi kegembiraan buat para penyokong yang hadir.
Tambah beliau, walaupun PJ City tampil dengan aksi yang sangat konsisten sejak awal musim ini, mereka tidak boleh sesekali mensiakan peluang yang ada untuk mencatat kemenangan kedua musim ini serta mempunyai peluang lebih cerah untuk memperbaiki carta liga supaya boleh terus kekal untuk musim hadapan.
Kedudukan terkini carta Liga Super selepas tamat minggu perlawanan ke-4.#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/KyRMHNCID5
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) April 11, 2022
“Dalam aksi di laman sendiri sebelum ini, kami gagal meraih kemenangan apabila terikat 2-2 dengan Selangor FC. Kami berharap pertembungan dengan PJ City ini nanti dapat meraih tiga mata.
“Kami tiada alasan kecuali perlu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan kemenangan.
“Justeru, kami akan tingkatkan prestasi kerana PJ City adalah pasukan berpengalaman dan mereka dilihat antara pencabar terkuat dalam liga musim ini,” katanya menerusi Arena Metro.
Dalam masa sama, Nasrullah juga mengingatkan para pemain lain supaya sentiasa berwaspada dengan taktikal lawan yang dilihat sangat berbisa menangani lawan lebih berpengalaman.
Beliau juga menekankan supaya tumpuan perlu lebih diberi terhadap rangkaian serangan PJ City yang mampu memberi kekecewaan buat mana-mana lawan terutama Darren Lok dan Khyril Muhymeen Zambri.
Aksi-aksi perlawanan menentang Penang FC. Negeri Sembilan FC berjaya membawa pulang 1 mata setelah kedua-dua pasukan terikat 1 – 1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, malam tadi.#PENNSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/0R0oziXNqx
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) April 10, 2022
Jelas pemain pertahanan itu, keberkesanan serangan PJ City dilihat semakin mantap dari segi keserasian dan kemenangan atas Terengganu menjadi saksi betapa posisi tersebut harus diberi perhatian yang menyeluruh bagi mengelak Negeri Sembilan berputih mata.
Selain itu, beliau juga yakin dengan segala perancangan yang dibuat oleh K. Devan mampu untuk menghasilkan sesuatu yang positif serta rakan sepasukan juga bakal memberi yang terbaik dalam perlawanan ini.
Untuk rekod semasa, Negeri Sembilan setakat ini berada di posisi keenam dalam carta Liga Super musim 2022 dengan mengumpul lima mata keseluruhan hasil satu kemenangan ketika menentang Sabah dan dua keputusan seri sewaktu berhadapan Penang dan Selangor.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!