Eric Godpower Marshall telah mencuri tumpan apabila beraksi dalam perlawanan pertamanya sebagai pemain profesional untuk FC Gar’ou, sekaligus memecahkan rekod sebagai pemain termuda dalam bola sepak profesional.
Pemain berusia 11 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama ketika pasukannya menewaskan Haifa FC 4-1 alam aksi liga divisyen 4 di Liberia.
Pencapaian itu membolehkan Eric Marshall mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh pemian Bolivia Mauricio Baldivieso yang membuat debut pada usia 12 tahun untuk kelab Bolivia, Club Aurora.
Menerusi video di bawah, dapat dilihat dengan jelas bagaimana pemain berusia 11 tahun ini beraksi di atas padang dengan pemain-pemain lain jauh berbeza dengannya.
Namun ia tidak menjadi penghalang untuk Eric Marshall membuktikan kemampuannya dengan gerakan dan hantaran yang cukup menakjubkan, lantas membuktikan pemilihannya untuk diturunkan oleh pihak kelab bukan semata-mata untuk memecah rekod.
Liberia's 11-year-old Eric Godpower Marshall is the World's youngest Professional Footballer.
He played 80 minutes in his third league game for Club Gar'ou in the Liberian 4th Division. pic.twitter.com/a36r553cPx
— Africa Facts Zone (@AfricaFactsZone) April 18, 2021