Kehilangan beberapa tonggak import Melaka United pada perlawanan lalu sewaktu menentang Kuala Lumpur City dalam aksi keempat Liga Super mencetuskan tanda tanya dalam kalangan para peminat serta pemerhati bola sepak.
Ada spekulasi yang mengatakan pemain import tersebut membuat protes kepada pengurusan kelab disebabkan isu pembayaran gaji yang menular di media sosial kebelakangan ini.
Berikut barisan pemain Melaka United FC yang diturunkan bagi perlawanan ke-4 Liga Super Malaysia 2022 menentang KL City FC, malam ini.#StartingXI #LS4#LigaSuper2022#LigaMalaysia2022#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/ZoVr88DJ7V
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) April 9, 2022
Untuk mengelakkan lebih banyak cerita yang tidak enak didengari, pengurusan Melaka United tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan lebih lanjut mengapa dua pemain import tersebut iaitu Ifedayo Olusegun dan Adriano Narcizo tidak ada dalam senarai pemain ketika beraksi menentang KL City.
Menurut mereka, tiada isu sabotaj yang dibuat oleh Melaka United terhadap para pemain sehingga ada yang tidak beraksi sepertu digembar gemburkan sesetengah pihak.
Muhammad Akram Abdullah selaku pengurus pasukan tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menjelaskan situasi sebenar misteri kehilangan dua tonggak import tersebut sewaktu perlawanan baru-baru ini.
Jelas beliau, situasi pemain import mereka iaitu Adriano dan Ifedayo tidak dapat dibawa beraksi disebabkan masing-masing mengalami kecederaan hingga tak tersenarai dalam skuad sewaktu menentang Sabah.
Selain itu, sewaktu perlawanan tersebut juga menyaksikan pemain tengah mereka iaitu Emmanuel Oti juga terpaksa dikeluarkan disebabkan masalah yang sama menjadikan tiga import tersebut terpaksa diketepikan.
📹 HIGHLIGHTS: @KLCityFootball 2-0 @MelakaUnitedFC
Kapten pasukan, Paulo Josue menyumbang dua gol untuk memastikan KL City FC mencatat kemenangan sulung musim 2022.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/DTzAeUuMZR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 9, 2022
“Selain kecederaan, faktor kecergasan turut menyebabkan Ifedayo, Adriano dan Oti tidak dapat diturunkan berdepan KL City di Cheras.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya terdapat sebarang protes terhadap pasukan sehingga trio terbabit tidak beraksi pada perlawanan penting berkenaan.
“Malah kami akui prestasi pasukan dilihat sedikit tempang tanpa mereka walaupun Sony Norde dan Justin Baas berada dalam kesebelasan pasukan dalam kedua-dua perlawanan itu,” katanya menerusi Arena Metro.
Untuk itu, Akram berharap agar ketiga-tiga import tersebut mampu pulih sepenuhnya bagi membantu pasukan menghadapi lawan seterusnya iaitu Sri Pahang kerana setakat ini hanya Sonny Norder dan Justin Baas sahaja yang bebas daripada sebarang isu kecederaan.
“Kehadiran pemain itu itu amat penting untuk meningkatkan persembahan dan motivasi pasukan apabila belum meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan setakat ini.
“Pada masa sama, semua pemain tempatan diharap sentiasa bersedia untuk diturunkan kerana Ifedayo, Adriano dan Oti hanya dapat disahkan pulih dan cergas menjelang perlawanan itu kelak.
“Konsep mengelak kesilapan sama sehingga mengundang jaringan kepada lawan mampu menjadi pemangkin usaha untuk mengejutkan Sri Pahang kali ini,” katanya.
Dalam masa sama, Akram turut bertegas mengenai isu perkauman yang dilemparkan ke atas CEO Melaka United, Datuk Wira Justin Lim baru-baru ini sewaktu di Stadium KLFA dan beliau mengecam sekeras-kerasnya akan hal tersebut.
#Noroomforracism#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/nwJPMsDoKL
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) April 10, 2022
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Melaka United akan sentiasa membantu dan bersama untuk menyokong Justin.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!