Setelah agak bergelut pada perlawanan lalu sewaktu menerima cabaran sengit Sri Pahang di Alor Star sebelum mencatat kemenangan ketiga saingan Liga Super 2022, kini Kedah Darul Aman sedia menghadapi lawan seterusnya, Selangor di Petaling Jaya.
Walaupun Selangor dilihat agak terumbang ambing dengan prestasi semasa, jelas Kedah tidak mahu mengambil ringan akan perlawanan tersebut setelah menyedari lawan bakal beraksi di laman sendiri dan mempamerkan aksi sengit malam ini.
⚔️🟢🟡 Are you ready?
LS4 SELANGOR FCvs KDA FC
10.4.2022 Ahad 10.00 malam
Stadium MBPJ, Kelana Jaya🔴LIVE di UNIFITV dan Youtube Unifi
Dapatkan tiket di https://t.co/wTcsHWnxK9#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season pic.twitter.com/FGpuXlemlt
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 9, 2022
Untuk itu, Aidil Sharin perlu merangka strategi terbaik bagi merangka pasukan kendaliannya dan beliau sendiri mengakui tidak mudah untuk dirinya mendapat tiga mata seterusnya dengan mudah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Menurut beliau, Selangor dilihat lebih sebagai pasukan pilihan setelah bakal beraksi di laman sendiri dan dikuatkan dengan sokongan padu para peminat dan menjangkakan satu lagi perlawanan sukar bakal dihadapi mereka dalam misi meneruskan rentak kemenangan keempat berturut-turut.
“Tiada perlawanan yang mudah buat kami, malah semua perlawanan pada musim ini menguji fizikal dan mental setiap pemain dan kami perlu bersedia pada tahap yang tinggi bagi memastikan tidak keciciran mata.
“Selangor adalah pasukan yang bereputasi juara dan pastinya itu satu cabaran yang tinggi untuk kami, lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan dalam bulan puasa ini.
“Tiada siapa mahu keciciran mata, dan kami sedar sebagai pasukan pelawat, ia akan berlangsung dalam aksi yang penuh mencabar buat kami yang hadir sebagai pasukan bukan pilihan,” katanya menerusi Arena Metro.
Selain itu, Aidil juga mengakui ketiadaan pemain serangan import iaitu Dennis Buschening memberi kesan buat diri beliau untuk menyusun atur strategi pasukan dan terpaksa mengubah pelan baharu dengan pemain yang sedia ada kini untuk menghadapi lawan.
GET WELL SOON DB10
Dennis Buschening terpaksa berehat panjang selepas disahkan mengalami kecederaan Achilles, menurut Aidil Sharin Sahak, Ketua Jurulatih KDA FC. pic.twitter.com/VlmoroTI43
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 7, 2022
Sebelum itu, Dennis Buschening dilaporkan sah mengalami kecederaan panjang dan terlepas pada aksi menentang Sri Pahang dilihat sedikit memberi impak di bahagian serangan Kedah yang sukar untuk merobek gawang lawan.
“Ketiadaan Buschening tetap memberi kesan buat jentera serangan namun kami perlu menerima keadaan itu dan berusaha merangka strategi yang bersesuaian bagi memastikan kelancaran serangan.
68' & 70' GOL | Jaringan Fayadh Zulkifli Amin dan Dennis Buschening memberi kelebihan dua gol kepada Kedah Darul Aman FC!@kda_fc 3-1 @KLCityFootball #LigaSuper2022 pic.twitter.com/eskCkSm1Eo
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2022
“Apa yang kami tekankan adalah beraksi secara berkumpulan dan saya berharap semua pemain dapat meningkatkan kerjasama yang baik seperti ditunjukkan dalam perlawanan lalu,” katanya.
Setakat ini Kedah hanya mempunyai empat pemain import yang sedia diturunkan iaitu Jang Suk-won, Dechi Marcel, Marc Vales, dan Ronald Ngah Wanja bagi menghadapi Selangor yang mempunyai lebih ramai rangkaian import termasuk di skuad ‘feeder’.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!