“Sesuatu Yang Sungguh Ajaib” – P. Maniam Seakan Tak Percaya PJ City Mampu Kejutkan Terengganu

P. Maniam selaku pengendali utama Petaling Jaya City musim ini masih lagi dalam situasi tidak menyangka apabila para anak buahnya mampu mencatat kemenangan 3-0 ke atas salah satu pasukan pilihan musim ini, Terengganu dalam aksi ketiga Liga Super musim ini hasil jaringan hatrik penyerang kebangsaan, Darren Lok.

Menurut beliau, semua pemain berjaya membawa peranan masing-masing atas padang bermula dari penjaga gol, pertahanan, tengah, dan serangan serta mampu menyerap baik segala bentuk asakan lawan untuk menggagalkan percaturan mereka.

Lebih menarik, pengendali dari Selangor ini juga jelas masih terkejut dengan keputusan itu apabila para pemainnya berjaya menahan asakan lawan dengan langsung tidak dibolosi sehingga wisel penamat dibunyikan sambil menyifatkan tiga gol Darren Lok  berjaya meranapkan motivasi Terengganu.

“Ini satu keputusan yang saya sebagai jurulatih pun terkejut sebab 3-0 ini sesuatu yang sungguh ajaib dan pemain pun berada dalam landasan betul untuk mereka menunjukkan prestasi menakjubkan.

“Darren menjaringkan tiga gol di mana itu bantu kita untuk bermain dengan lebih yakin dan apabila separuh masa pertama dah dapat tiga gol, di separuh masa kedua kita dah boleh mengawal perlawanan dengan positif.

“Semestinya semua pemain terutamanya pertahanan bermain dengan bagus sebagai satu unit dan itulah sebabnya kita tidak dibolosi, jadi saya berbangga dengan pemain yang memberikan 200 peratus semasa bermain untuk bertahan.

“Kita layak untuk menang dan Terengganu tidak boleh bermain permainan mereka sebab kita bagi tekanan terutamanya daripada tiga penyerang iaitu Darren, Mahalli Jasuli dan S. Kumaahran serta dua pemain tengah juga bekerja keras, jadi inilah sebabnya kita mampu menang”, jelasnya menerusi MFL.

PJ City setakat ini berjaya mengumpul enam mata keseluruhan daripada tiga perlawanan diharungi untuk berada di kedudukan ketiga carta liga sekali gus mengejutkan banyak pemerhati bola sepak tempatan.

Mereka juga berjaya mencipta kejutan awal apabila melakar kemenangan ke atas pasukan Melaka United pada aksi pertama Liga Super pada 5 Mac lalu dengan keputusan 1-0 sebelum mengalami kekalahan pertama musim ini di tangan Sabah empat hari selepas itu dengan keputusan 3-1.

Musim ini, PJ City masih lagi diperkuatkan dengan barisan pemain tempatan dengan polisi mereka, #yakinilokal untuk terus membangunkan pemain tempatan selain membuktikan mereka mampu bersaing tanpa pemain import.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN