Bojan Hodak selaku pengendali Kuala Lumpur City nyata tidak begitu puas hati mengenai isu pengadil dan terpaksa menahan diri daripada menyentuh perkara tersebut dalam sidang media.
Hodak walau bagaimanapun dengan tegas menyatakan pendirian tidak ada masalah mengenai persembahan anak buahnya, namun beliau jelas merungut mengenai perkara lain yang berlaku sepanjang perlawanan yang melibatkan skuad kendalian beliau bertemu JDT sebelum itu.
📸 AKSI PERLAWANAN LS3
KUALA LUMPUR CITY FC 0-3 JOHOR DARUL TA’ZIM#LigaSuper2022 pic.twitter.com/P2I1s6BMyV
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2022
“Saya tak mahu komen (mengenai perlawanan) sebab saya akan bercakap mengenai pengadil. Kalau saya tak bercakap mengenai pengadil, tiada apa yang nak diperkatakan. Saya tak boleh cakap mengenai pengadil kerana saya akan didenda nanti.
“Boleh saya tanya anda semua, apa detik penting pada perlawanan tadi (kelmarin)? Kami tidak gembira dengan pengadil dan akan menghantar klip kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Saya tidak mahu komen lanjut tetapi saya fikir kad merah membunuh perlawanan itu. Kalau saya beri pandangan (mengenai pengadil), mereka akan denda saya. Itu (mutu pengadilan) perlu ditanya kepada orang lain dan bukan saya,” kata Hodak menerusi Berita Harian.
Dalam aksi ketiga Liga Super 2022 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, KL City berdepan kesukaran untuk menafikan pasukan pelawat biarpun beraksi di laman sendiri.
Situasi bertambah buruk buat skuad kendalian Hodak itu setelah mereka kehilangan seorang pemain iaitu Kenny Pallraj yang dilayangkan kad merah dalam usaha sebelum itu mereka mahu menyamakan kedudukan akibat ketinggalan oleh JDT dengan keputusan semasa 0-1 pada minit ke-56.
JDT nyata mengambil peluang tersebut sebaik mungkin untuk mengajar pasukan tuan rumah dengan menggandakan asakan menerusi Bergson Da Silva yang berjaya meledak gol kedua mereka menerusi sepakan penalti pada minit ke-82.
Skuad kendalian Benjamin Mora nyata tidak dapat dihalang lagi apabila gol ketiga perlawanan turut terhasil pada penghujung permainan juga menerusi Bergson.
90+5' GOL | Bergson da Silva melengkapkan kemenangan JDT dengan gol ketiga!@KLCityFootball 0-3 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/bVCDioWcqd
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2022
Dalam masa sama, Hodak jelas berpuas hati dengan aksi anak buahnya yang disifatkan lebih baik berbanding sewaktu pertemuan Piala Sumbangsih lalu walaupun keputusan tetap sama dengan kekalahan sebanyak tiga gol tanpa balas.
“Tiada apa yang boleh saya katakan kepada pemain kerana mereka sudah beraksi dengan baik. Berbanding aksi sebelum ini, kami lebih cergas sekarang walaupun ada beberapa pemain yang masih lagi mengalami kecederaan.
“Cuma saya berpendapat rekod tidak kalah yang menakjubkan ini sepatutnya tidak berakhir dengan cara sebegini. Kalah 3-0 adalah sesuatu yang buruk,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!