“Saya Tak Gembira, Kami Hilang 2 Mata” – Tomas Trucha Percaya Penang Yang Patut Menang

Tomas Trucha Penang patut menang lawan Sarawak 2022

Walaupun ada yang beranggapan cukuplah sekadar satu mata, namun pengendali Penang FC, Tomas Trucha merasakan yang pasukannya patut menang ke atas Sarawak United dalam aksi ketiga Liga Super 2022.

Penang diikat dengan keputusan seri 1-1 oleh tuan rumah, Sarawak United selepas pemain tengah, Boris Kok berjaya mennyamakan kedudukan, 10 minit selepas Casagrande meledak jaringan pertama di minit ke-73.

Penang turun dengan barisan terbaik mereka dengan dapat menyenaraikan semua pemain import apabila Endrick dos Santos dan Casagrande sudah bebas daripada penggantungan yang telah dilalui sebelum ini.

Namun, kelihatan seakan-akan kombinasi kurang menjadi walaupun adakalanya ada momen-momen gerakan menarik berjaya dicipta di antara Hilal El-Helwe, Endrick dos Santos dan Casagrande. Ketajaman percubaan wajar diasah semula oleh mereka apabila beberapa peluang boleh gol tersia-sia angkara rembatan lemah.

Jika tuan rumah bermasalah dengan Francis Kone, Penang pula bermasalah dengan gerakan Adib Raop yang tidak menjadi bersama rakan sepasukan. Walaupun lincah bergerak di koridor kiri berbanding Faizat Ghazli di sebelah kanan, Adib Raop adakalanya gagal membaca gerakan yang cuba diatur oleh rakan sepasukannya.

Mungkin telah mengesan kegagalan Adib Raop membina kesefahaman jitu di jentera serangan, Tomas Trucha akhirnya terpaksa membuat pertukaran dengan memasukkan T. Saravanan selepas sejam perlawanan berjalan.

Penang memiliki deretan peluang untuk mencipta gol berbanding tuan rumah yang tampak bergantung dengan serangan balas semata-mata. Antara peluang terbaik mereka adalah rembatan lemah Faizat Ghazli yang telah menewaskan Sharbinee Allawee, namun sempat dikejar dan dikeluarkan oleh pertahanan, Norman Angkun.

Akhirnya, Harimau Kumbang berhasil meledak jaringan pembukaan menerusi Casagrande di minit ke-73. Bermula dengan gerakan Saravanan di sebelah kiri yang kemudian menemui Hilal El-Helwe di sebelah kanan sebelum melambung bola ke far post untuk ditanduk masuk oleh penjaring utama Penang musim lalu itu.

Liga Super: Gol Sulung Casagrande Tak Cukup Untuk Bantu Penang Raih 3 Mata Pertama

Sepuluh minit kemudian, Sarawak United lega apabila Boris Kok yang senyap sepanjang 80 minit berhasil meledak gol hasil sentuhan mudah di depan gol selepas rembatan deras Lee Chang-hoon terkena palang.

Bercakap di sidang media selepas perlawanan, Tomas Trucha jelas kurang berpuas hati walaupun mereka meraih satu mata di tempat lawan kerana menurutnya, mereka turun ke Kuching untuk meraih tiga mata.

“Kami datang sini untuk tiga mata. Kami tidak terjemahkan peluang dengan jaringan yang menyebabkan kami dihukum lawan. Saya tidak gembira dengan keputusan ini. Babak pertama segalanya mengikut perancangan kami, cuma para pemain gagal untuk mencetak gol. Babak kedua, kami sedikit perlahan.

“Saya rasa anda juga bersetuju jika saya katakan ada ketikanya kami patut meledak gol tetapi kami gagal lakukannya. Sebab itu kami telah hilang dua mata. Saya percaya para pemain boleh bermain lebih baik.”

Tomas Trucha, sidang media Sarawak United v Penang FC

Selepas tiga perlawanan, ini adalah perlawanan yang patut Penang menang, namun mereka perlu melihat semula kelemahan mereka terutamanya kombinasi jentera depan selain menajamkan lagi rembatan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN