Akibat bermain ‘Power Play’ ketika perlawanan masih berbaki lima minit, skuad negara terpaksa akur dibelasah Indonesia dengan keputusan 5-1.
Malaysia hari ini turun berdepan Indonesia dalam aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan A, saingan AFF Futsal Championship 2022.
Skuad negara sebelum ini berjaya menewaskan Kemboja 7-6, namun harus diakui mereka gagal untuk mempamerkan persembahan terbaik dalam perlawanan tersebut.
Keputusan Masa Penuh
Kejuaraan Futsal AFF 2022 | Isnin, 4 April 2022
INDONESIA 🇮🇩 5-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Holypaul Septinus Soumilena 21' 35' Firman Adriansyah 29' Ardiansyah Nur 39' 39'
⚽️ Ridzwan Bakri 22'📸 Kredit Foto: AFF/FAT#FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal pic.twitter.com/sR7usxKmWr
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 4, 2022
Indonesia pula sebelum ini kenduri gol selepas kejayaan mereka membelasah Brunei 12-0 dalam aksi perlawanan pertama mereka di kejohanan ini.
Indonesia 5-1 Malaysia
Indonesia sejak dari awal permainan sudah tak henti-henti melancarkan serangan ke kubu Malaysia.
Penjaga gol negara, Muhammad Syawal Sabaruddin berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang aksi babak pertama dalam usahanya melindungi gawang golnya dari dibolosi.
Penjaga gol Indonesia, Muhammad Rizki Xavier turut beraksi cemerlang dalam perlawanan ini dengan beliau berjaya menafikan beberapa percubaan dari skuad negara.
Pemain bola terlalu kerap hilang bola dan memberi ruang kepada pemain Indonesia untuk melancarkan serangan.
Ketua pasukan negara, Mohd Khairul Effendy disajikan dengan dua peluang keemasan namun beliau gagal untuk memanfaatkan kesempatan tersebut.
Holypaul Septinus Soumilena berjaya menjaringkan gol untuk skuad Indonesia 30 saat sahaja selepas bermulanya aksi babak kedua dalam perlawanan ini.
AFF Futsal Championship 2022 – Group A – FULLTIME RESULT
Indonesia 5
Holypaul Septinus Soumilena 21st, 35th
Firman Ardiansyah 29th
Ardiansyah Nur 39th, 39thMalaysia 1
Mohd Ridzwan Bakri 22nd#AFF#AFFFutsal pic.twitter.com/uxfOwqm8vB— ASEAN Football (@AFFPresse) April 4, 2022
Ridzwan Bakri kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan tersebut dengan menjaringkan gol pertama Malaysia satu minit selepas itu.
Firman Adriansyah cemerlang menjaringkan gol kedua Indonesia dalam perlawanan ini, seterusnya membangkitkan lagi semangat skuad Garuda untuk terus menyerang.
Berbaki lima minit sebelum tamat, skuad negara sudah mula bermain ‘Power Play’ dan ia jelas sekali satu keputusan yang sangat berisiko.
Holypaul Septinus Soumilena berjaya menjaringkan gol ketiga Indonesia menerusi rembatan dari jarak jauh untuk menewaskan Muhammad Syawal Sabaruddin.
Skuad negara masih tetap meneruskan corak permainan ‘Power Play’ dan hasilnya gawang negara dibolosi dua kali oleh Ardiansyah Nur.
Ardiansyah mudah merobek gawang gol negara dek kerana kesilapan pemain Malaysia yang bermain ‘Power Play’ tetapi terlalu mudah hilang bola.
Adriansyah hanya menunggu pemain negara melakukan hantaran lemah, kemudian dipintas olehnya lalu beliau sekadar melepaskan rembatan mudah sahaja mencari gawang negara yang sudah terhidang.
Main ‘Power Play’ tapi mudah hilang bola
Agak mengejutkan juga untuk melihat skuad negara bermain ‘Power Play’ dengan perlawanan masih berbaki lima minit dan kedudukan ketika itu Malaysia hanya ketinggalan satu gol sahaja.
Bermain ‘Power Play’sememangnya berisiko dan melihat kepada corak permain skuad negara hari ini, mereka jelas sekali tak sepatutnya bermain dengan cara berisiko seperti itu.
AFF FUTSAL CHAMPIONSHIP 2022 – GROUP A | FULL TIME❗
INDONESIA 🇮🇩 5-1 🇲🇾 MALAYSIA
#AFFFutsalChampionship2022 #AFFFutsal2022 #Indonesia #Malaysia #Futsal #Asean #AseanFutsal pic.twitter.com/Vuylm1ST5X— Asean Futsal (@AseanFutsal) April 4, 2022
Skuad negara sudah terlalu kerap hilang bola sejak dari awal permainan, dan jelas sekali ia bakal mengundang bencana seandainya mereka melakukan hal sama ketika bermain ‘Power Play’.
Dua kali hantaran lemah dari pemain negara berjaya dipintas oleh Indonesia dan mereka memperoleh gol mudah dari situasi seperti itu.
Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Malaysia kalah dalam perlawanan ini kerana mereka terlalu awal bermain ‘Power Play’ dan mungkin mereka tak sepatutnya bermain dengan risiko seperti itu.
Harapan ke separuh akhir hampir terkubur
Malaysia sebenarnya perlu menang dalam perlawanan ini untuk mengesahkan tempat layak ke peringkat separuh akhir.
Seandainya seri, Malaysia tetap sukar untuk layak ke peringkat separuh akhir dek kerana Indonesia memiliki kelebihan dari segi jaringan.
Indonesia sukses menang atas Malaysia di lanjutan laga AFF Futsal Championship 2022. Evan sukses mencetak dua gol, dan Firman cetak satu gol, Ardiansyah Nur dua gol.
Gimana lob penampilan Timnas Futsal Indonesia hari ini?#TimnasFutsal#AFFFutsal2022#BolalobFutsal pic.twitter.com/a62NSXw4TL
— Bolalob.com (@Bolalob) April 4, 2022
Memandangkan skuad negara kalah dan selepas ini bakal bertemu Thailand, maka tidak keterlaluan untuk menganggap yang harapan skuad negara untuk layak ke separuh akhir sudah terkubur.