Mohamed Salah Setuju Untuk Kekal Di Anfield Hingga Akhir Kariernya

Mohamed Salah akhirnya bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Liverpool, yang akan membenarkan untuk beliau kekal di Anfield hingga akhir kariernya.

Selepas berbulan-bulan terpalit dengan pelbagai spekulasi berkait kontrak barunya, Mohamed Salah akhirnya memutuskan untuk terus kekal di Anfield.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, pemain berusia 29 tahun itu akhirnya telah mengubah keputusannya dan menamatkan saga rundingan kontraknya bersama kelab.

Keputusan beliau itu jelas sekali bakal menggembirakan para penyokong, dan akan memberi kelegaan kepada pengurus kelab, Jurgen Klopp.

Salah sebelum ini kekal dengan pendirian yang beliau mahu kekal bersama kelab, namun menyerahkan hal berkait masa depannya kepada kelab.

Apa lagi memikirkan beliau sedang berada di tahap persembahan terbaiknya, maka Salah mahu menerima kadar gaji yang berbaloi dengan apa yang beliau sumbangkan.

Salah mahu gaji setaraf Cristiano Ronaldo

Disebabkan beliau dianggap sebagai antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, Mohamed Salah memilih untuk meminta kelab menawarkan gaji yang setimpal.

Ketika pihak kelab menawarkan gaji bernilai £350,000 seminggu, pemain kebangsaan Mesir itu menolak dan mahu pihak kelab mempertimbangkan gaji yang lebih tinggi.

Beliau kemudiannya terus cemerlang menjadi mesin pencetak gol Liverpool dan menyebabkan para penyokong mendesak kelab supaya memberikan segalanya kepada Salah.

Pihak kelab kemudiannya menawarkan £400,000 seminggu, namun Salah masih menolak dan meminta pihak kelab menawarkan kepadanya gaji bernilai £500,000 seminggu.

Beliau mahu menerima gaji yang sama seperti apa yang diterima oleh Cristiano Ronaldo di Old Trafford kerana merasakan yang dirinya kini setanding dengan pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu.

Salah akan kekal di Anfield hingga akhir kariernya

Selepas berbulan-bulan lamanya isu kontrak beliau tak jumpa jalan penyelesaian, kini Salah dikatakan sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru dan akan kekal di Anfield hingga akhir kariernya.

Tidak pasti berapa nilai sebenar yang akan beliau terima, namun Salah sudah bersetuju untuk tambah satu tahun tambahan lagi, bermakna beliau akan kekal di Anfield selama empat musim tambahan.

Salah dikatakan menerima gaji yang lebih rendah dari yang beliau minta, namun syaratnya beliau mahu tambahan satu tahun dalam kontrak barunya nanti.

Selepas tamat lima musim di Anfield, beliau akan sambung empat musim lagi bersama kelab menjadikan sembilan musim secara keseluruhannya beliau bersama Liverpool.

Hal ini sepertinya sudah hampir untuk berlaku dan hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja dari kedua-dua pihak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN