Bekas Pemain Perak, Yashir Pinto Pernah Puji Rejim Diet Skuad Palestin Ketika Atasi Oman Di Bulan Puasa

Yashir Pinto Palestin 2016 rejim diet puasa 2017

Palestin menang 2-1 ke atas Oman dalam aksi Kumpulan D, pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 dengan bekas pemain Perak ketika itu, Yashir Pinto memuji rejim diet skuad kebangsaannya yang banyak membantu.

Perlawanan tersebut berlangsung di bulan Ramadhan dan media antarabangsa, BBC telah mengeluarkan satu artikel tentang aksi tersebut mengenai bagaimana para pemain Muslim beradaptasi beraksi ketika berpuasa.

Oman yang turun dengan moral besar selepas berkenduri gol ke atas Bhutan – menang 14-0, telah ditundukkan Palestin di Jerusalem. Gol Palestin dijaringkan oleh Yashir Pinto dan Jonathan Cantillana, sementara Oman pula mencetak gol menerusi Ahmed Mubarak. Yashir Pinto diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas itu.

Bercakap kepada pihak media, Yashir Pinto yang ketika itu beraksi di Liga Malaysia bersama Perak berkata;

“Kami telah mengubah dan menyesuaikan sesi latihan kerana ada pemain yang berpuasa – dan barisan kejurulatihan telah melakukan kerja yang sangat hebat. Dalam permainan, kami akan banyak berlari.”

Apa yang telah diubah dan disesuaikan oleh pihak pengurusan dan kejurulatihan pasukan? Artikel BBC itu turut berjaya mendapatkan jadual mereka sehari sebelum perlawanan dan pada hari perlawanan sebagai rujukan.

Apa yang dilakukan oleh Palestin ini telah banyak diamalkan di beberapa negara lain yang majoritinya berpuasa, seperti Arab Saudi, UAE, dan Qatar. Negara-negara ini boleh dikatakan pakar menguruskan pemain berpuasa.

Bagaimana pula di Malaysia? Apa yang pasti, tiada yang jelas kerana Liga Malaysia adalah liga penuh rahsia.

Pegawai Fisioterapi skuad kebangsaan Palestin, Bader Agel berkata kepada BBC dalam temu ramah tersebut, para pemain dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya tiga liter air ketika berbuka puasa bagi mengelak dehidrasi. Setiap pemain yang berpuasa juga dipantau seorang demi seorang bagaimana pemakanan mereka.

“Kami memberikan mereka satu set pinggan khas untuk mengelakkan mereka daripada terlebih makan.

“Para pemain diberikan jumlah kabohidrat dengan makan nasi pada paras yang sepatutnya. Seterusnya adalah pemberian protein dengan sayur-sayuran hijau atau salad yang secukupnya.

“Paling penting kami tidak mahu mereka terlalu malas sepanjang hari berpuasa. Kami mahu elak mereka tidur berlebihan. Dan itulah masalah paling biasa para pemain lakukan pada bulan puasa.”

Bader Agel, BBC

Berikut adalah jadual pemain-pemain Palestin ketika aksi bertemu Oman di kelayakan Piala Asia 2019;

Isnin – 12 Jun 2017

7.45pm: Berbuka dengan makan pada kuantiti tidak terlalu banyak. Kurma dan air kosong dijamah dahulu. Diikuti dengan sup sayur campur ataupun bijirin tempatan. Hidangan utama adalah ayam bakar, nasi dan fattoush (salad dengan roti) ataupun salad Caesar.

9:00pm: Pemain mengambil air secukupnya sebelum latihan

11:00pm: Latihan bermula.

Tengah malam: Tamat latihan. Para pemain minum air secukupnya sementara menunggu sahur.

Selasa – 13 Jun 2017

2:00am: Sahur selepas selesai mandi dan sesi fisio. Sahur dalam bentuk bufet. Pemain akan memilih hidangan dari jenis buah-buahan segar, yogurt, emping jagung, telur rebus, minyak zaitun, za’atar, roti dan jus.

10:00am: Sarapan pagi untuk pemain-pemain yang tidak berpuasa.

3:00pm: Pemain yang tidak berpuasa makan tengah hari.

7:45pm: Berbuka. Sebelum perlawanan, pemain diberikan hidangan dalam pinggan kecil, ayam dan spageti. Buah-buahan sebagai pencuci mulut.

9:15pm: Keluar dari hotel.

9:30pm: Pemain tiba di Stadium Faisal Al-Husseini.

11:00pm: Sepak mula.

Pastinya setiap pasukan ada rejim diet tersendiri ataupun mungkin ia sama sahaja seperti perkongsian Yashir Pinto. Di Malaysia, tiada penjelasan lebih mendalam mengenai rejim diet pemain tak kira hari biasa sepanjang tahun mahupun pada bulan Ramadhan. Segalanya rahsia yang tidak sesekali akan dikongsi kepada sesiapa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN