Kenapa Mesut Ozil & Pemain Bola Sepak Muslim Pilih Tak Berpuasa Di Piala Dunia 2014?

Mesut Ozil cedera minum air tak berpuasa Piala Dunia 2014

Bintang bola sepak dunia yang juga adalah pemain yang beragama Islam, Mesut Ozil pernah menjadi tumpuan kerana telah mengumumkan bahawa beliau tak akan berpuasa sepanjang saingan Piala Dunia 2014 di Brazil.

Bulan Ramadhan tiba lagi dan perkara yang menjadi tajuk perbualan ketika ini, ‘puasa tak hari ini?’, tambah-tambah anda adalah pemain bola sepak dan Piala Dunia 2014 pernah menjadi medan ibadah itu ditinggalkan.

Edisi 2014 menyaksikan Brazil menjadi tuan rumah, bermula pada 12 Jun hingga 13 Julai. Suhu dan cuaca di Brazil pada ketika itu kurang lebih seperti di Malaysia dengan suhu boleh mencapai setinggi 35 darjah celsius.

Itu kali pertama dalam tempoh 28 tahun, ibadah puasa berlangsung bersama dengan kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu. Jadi, ia menjadi perhatian dunia, bagaimana pemain beragama Islam akan melaluinya.

Di peringkat kumpulan, mungkin tiada masalah bagi pasukan yang ada pemain beragama Islam. Namun, bila pasukan memasuki peringkat kalah mati bermula pada 28 Jun, para pemain itu perlu memilih sama ada mahu berpuasa atau tidak. Puasa adalah wajib, namun menurut satu sumber, pemain dibolehkan tidak berpuasa.

Ini berdasarkan kenyataan Majlis Kesatuan Muslim Jerman pada 2010 yang mendapatkan nasihat Universiti Al-Azhar di Kaherah mengatakan yang pemain bola sepak profesional (pemain amatur tidak termasuk) dibenarkan tidak berpuasa ketika bermain atau ‘bertugas’. Tetapi mereka perlulah menggantinya di hari lain, selepas itu.

Sebagai antara pemain terbaik dunia yang beragama Islam, Mesut Ozil menjadi tumpuan ketika itu dek kerana mengumumkan bahawa beliau tidak akan berpuasa sepanjang saingan Piala Dunia berlangsung di Brazil.

“Saya tak boleh melakukannya [berpuasa] kerana kerja saya. Saya rasa pasukan Algeria juga tidak akan berpuasa, sama seperti saya. Kami akan membahayakan kesihatan kami dengan tidak makan atau minum. Dan Al-Quran tidak pernah mengatakan yang kami perlu membahayakan kesihatan kami.

Mesut Ozil, ESPN

Selain Mesut Ozil, antara pemain lain yang turut meninggalkan ibadah puasa untuk beraksi di Piala Dunia menurut laporan media dari Jerman, Kicker adalah Xherdan Shaqiri, Granit Xhaka dan juga Valon Behrami.

“Ia bukan masa yang sesuai. Makan dan minum penting untuk bermain dengan cuaca di sini [Brazil].”

Valon Behrami, Kicker

Faktor cuaca panas serta kenyataan daripada Majlis Kesatuan Muslim Jerman mungkin menjadi panduan mereka. Namun, tak semua begitu. Malah ada yang terus berpuasa seperti kapten Algeria, Majid Bougherra yang dipetik berkata akan berpuasa seperti biasa walaupun bakal menentang Jerman di pusingan 16 terbaik.

Algeria merupakan satu-satunya pasukan yang keseluruhan skuad mereka terdiri daripada pemain Muslim dan mereka mara ke pusingan 16 terbaik apabila muncul sebagai naib juara Kumpulan H, di belakang Belgium.

Namun, di Malaysia agak pelik jika ada pemain yang tak berpuasa dan berpegang kepada kenyataan Mesut Ozil atau Majlis Kesatuan Muslim Jerman. Liga Malaysia diteruskan di sepanjang Ramadhan, sebagaimana sebelum ini, yang bakal menyaksikan lebih kurang lima perlawanan akan dilalui setiap pasukan sehingga hujung April.

Berbeza dengan situasi di Piala Dunia 2014 yang menjadi medan pemain beragama Islam meninggalkan ibadah puasa mereka di siang hari, kesemua perlawanan Liga Malaysia hanya akan berlangsung pada lewat malam.

Melihat jadual liga sepanjang Ramadhan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL), semua aksi dilangsungkan pada jam 10.00 malam – selepas selesai satu lagi ibadah di bulan puasa iaitu Solat Terawih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN