“Nilai RM1 Pun Tak Apa”- Perak Terdesak Cari Pemilik Baharu

Musim ini boleh disimpulkan Perak sebagai pasukan paling malang sekali dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila terpalit dengan pelbagai isu dalaman yang meruncing kelab tersebut hingga terpaksa mencari pemilik baharu walaupun dengan tanda harga jualan RM1.

Langkah itu mungkin dianggap sebagai paling baik sekali perlu dibuat oleh Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd agar situasi yang semakin sukar ini tidak ditambah beban baharu lagi biarpun tanda harga tersebut agak tidak masuk akal.

Baru semalam skuad ini dipotong tiga mata sebagai bentuk hukuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan bakal dikenakan bentuk hukuman lebih berat lagi sekiranya Perak gagal melunaskan tunggakan gaji para pemain dan pegawai pasukan pada tarikh akhir kedua 14 April ini.

Muhammad Yunus Zakariah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perak setakat ini memberi pengakuan mengenai kegagalan pihaknya yang tidak mampu untuk melangsaikan baki hutang yang tertunggak pasukan selain tunggakan gaji para pemain.

Menurut beliau, setakat ini proses penjualan Perak agak terganggu kerana pihak yang ingin membeli pasukan tersebut masih belum menyelesaikan isu bukti dana untuk dikemukakan kepadanya menurut peraturan yang ditetapkan MFL.

“Kami sekarang nak jual saja, namun tak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian kerana individu atau syarikat yang berminat memiliki Perak perlu mengemukakan proof of funds terlebih dahulu.

“Saya boleh katakan ketika ini kami memang tak mampu. Malah perlawanan baru-baru ini membabitkan Perak FC pun agak perit untuk mencari sumber kewangan bagi membayar stadium.

“Jika nilai pasukan RM1 pun tak mengapa kerana yang penting adalah untuk menyerahkan Perak FC kepada pihak yang berminat dan berkemampuan,” katanya menerusi Berita Harian.

Untuk rekod, Perak sudah pun dipotong tiga mata dalam saingan Liga Premier berikutan kelab tersebut gagal untuk menjelaskan baki tunggakan gaji tahun lalu yang membabitkan pemain dan pegawai pasukan utama dan simpanan berjumlah RM 934,729.42 mengikut tarikh pertama yang ditetapkan pada 31 Mac 2022.

Risiko lebih besar bakal dihadapi kelab itu sekiranya Perak terus gagal membayar baki tunggakan tersebut pada tarikh akhir kedua, 14 April ini, maka pada 15 April, mereka boleh dikenakan hukuman pemotongan enam lagi mata dalam saingan Liga Perdana dan pengurangan dana.

Lebih parah, First Instance Body (FIB) juga boleh mengambil tindakan sekiranya isu tersebut dipanjangkan oleh MFL jika Perak masih lagi gagal membuat bayaran tunggakan gaji terbabit sebelum atau pada 21 April ini.

Dalam masa sama, Yunus turut menjelaskan pihaknya sudah pun menanggung kira-kira RM8 juta hutang termasuk RM2 juta yang membabitkan tunggakan gaji pemain sebelum itu.

“Pada masa ini, kami memang tidak berkemampuan untuk menyelesaikan segala hutang itu dan mengharapkan pemilik baharu dapat membayarnya,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN