Juara Liga Premier musim lalu, Negeri Sembilan nyata mahu mengekalkan rentak positif mereka musim ini dalam saingan Liga Super untuk mencatat kemenangan seterusnya setelah sebelum itu mereka gah menundukkan Sabah di tempat lawan.
When quarantine is over be like.
Pasukan Negeri Sembilan FC akan kembali ke sesi latihan bermula esok 🤜🏾🤛🏾
Selamat kembali, Jang 💪💪#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/A1HGEGg9rx
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) March 13, 2022
Rentak terbaik itu mahu dikekalkan pasukan tersebut dengan menjadikan Selangor sebagai sasaran seterusnya pada 5 April ini dalam misi untuk kekal dalam Liga Super musim ini.
Kelebihan beraksi di laman sendiri bakal digunakan sebaiknya Negeri Sembilan untuk mereka mendapatkan tiga mata yang kedua pula bagi menumpaskan Selangor agar dapat terus mengukuhkan kedudukan pada carta liga pada awal musim.
Nasrullah Hanif Johan selaku penolong ketua pasukan tersebut menyifatkan perlawanan menentang Selangor ini sebagai suatu cabaran getir buat mereka biarpun beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang merupakan kubu kuat Negeri Sembilan.
Menurut Nasrullah, Selangor dilihat sebagai sebuah pasukan yang sangat berpengalaman dan mempunyai reputasi yang tinggi. Selain itu, faktor keputusan seri pasukan tersebut sewaktu menentang Kuala Lumpur City pada aksi pertama lalu boleh menambahkan lagi tekanan untuk pasukan itu bangkit dengan lebih berbahaya.
“Kami perlu bersikap berhati-hati apabila berhadapan dengan Selangor kerana mereka bukan calang pasukan.
“Adalah penting bagi kami meningkatkan lagi tahap prestasi dan persembahan, kerana pasukan lawan itu sudah pasti akan berusaha untuk bangkit mendapatkan kemenangan sulung,” katanya menerusi Harian Metro.
Nasrullah juga berpendapat ketika ini beliau dan rakan pasukan yang lain sudah membuat persediaan rapi bagi menghadapi lawan dan tekad untuk mencipta kemenangan kedua musim ini dan seterusnya menyemarakkan lagi motivasi kelab.
Tambah beliau, tempoh rehat yang agak panjang pada awal musim ini memberi kelebihan buat pasukan untuk menjalani pemulihan setelah ramai pemain Negeri Sembilan sebelum ini dijangkiti wabak Covid-19 sehingga mereka terlepas dua perlawanan kerana menjalani kuarantin.
“Secara peribadi, saya lega dengan perkembangan pasukan ketika ini kerana tugas yang bakal dihadapi dengan Selangor amat mencabar kerana kami sudah lama tidak bertemu mereka.
“Justeru, setiap pemain perlu memberikan komitmen tinggi untuk memastikan kemenangan di laman sendiri dapat dicapai,” kata pemain berasal dari Sikamat Seremban.
Pertahanan senior itu juga nyata gembira dengan prestasi dua pemain Negeri Sembilan iaitu Khuzaimi Piee dan Khair Jones yang berada dalam prestasi terbaik sewaktu di kem kebangsaan dan merasa yakin sekembalinya pemain tersebut mampu untuk terus menguatkan pasukan dan menyuntik semangat baharu.
Khair & Khuzaimi di sesi latihan Harimau Malaya.
Skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan Gon bakal bertemu Filipina dan Singapura dalam aksi FAS Tri-Nations Series 2022.
Semoga berjaya buat Khair, Khuzaimi dan Harimau Malaya!
🇲🇾🇲🇾
Foto: FAM pic.twitter.com/YsMDqwaDqH
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) March 22, 2022
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!