Pertahanan import Kedah, Marc Vales Gonzalez nyata tidak sabar menunggu aksi pada 6 April ini di Stadium Darulaman apabila beliau dijangka bakal beraksi dalam perlawanan tersebut menentang Sri Pahang setelah sebelum itu terlepas tiga perlawanan akibat kecederaan.
Marc Vales sebelum itu disahkan mengalami kecederaan ketika aksi pra musim Kedah dan pemain kebangsaan Andorra tersebut akui kecederaan di lututnya menjadi punca mengapa beliau tidak dapat diturunkan oleh jurulatih sejak Liga Malaysia (Liga-M) bermula pada 4 Mac lalu.
If Andorra are looking for a hero today, Marc Vales could be their man!
⚽⚽ He enjoyed a day to remember last time out against San Marino
Build-up ⬇️#ENGAND #bbcfootball
— Match of the Day (@BBCMOTD) September 5, 2021
Kelibat pemain pertahanan ini amat dinantikan oleh para penyokong terutama sekali apabila mengetahui Marc Vales mempunyai reputasi yang agak tinggi di Eropah apabila beliau pernah berhadapan dengan banyak bintang penyerang Eropah sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia serta kelayakan Kejohanan Euro Cup sewaktu menyarung jersi kebangsaannya.
“Saya kini dalam proses pemulihan dan berharap dapat memulakan aksi pertama saya pada perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman nanti dan itu sasaran saya.
“Namun saya memerlukan masa dua minggu untuk kembali pulih pada tahap terbaik dan saya berharap dapat melalui tempoh yang lebih singkat.
“Saya juga tidak sabar untuk beraksi di Stadium Darul Aman yang merupakan laman sendiri selepas ini dengan melihat pada reaksi penyokong semasa ini yang berterusan memberi suntikan semangat untuk pasukan dalam meneruskan misi mencari kemenangan keempat”. katanya menerusi Harian Metro.
Marc Vales first match day duty with KDA FC against Langkawi City FC, VAMOS!#kdafc #2022season #match #langkawicityfc #MV5 pic.twitter.com/OGcCjCI4sv
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 2, 2022
Dalam masa sama, Marc Vales juga memberi pujian buat para pemain gantian yang mengambil posisinya sebelum ini dan disifatkan aksi mereka sebagai sangat cemerlang mengawal benteng pertahanan sehingga hanya merekodkan dua gol sahaja mereka bolos daripada tiga perlawanan yang dihadapi Kedah.
“Saya melihat Kedah memiliki skuad keseluruhan yang terbaik pada musim ini dengan persaingan yang sihat dikalangan pemain-pemain dalam pasukan dan ini termasuk juga dikalangan pemain gantian.” katanya.
Selain Marc Vales, Kedah turut menandatangani seorang lagi pemain import pertahanan dari Korea Selatan iaitu Jang Suk-won. Pemain itu juga berjaya mempamerkan rentak permainan yang bermutu tinggi serta mula diberi perhatian oleh para peminat.
Kedah juga memiliki bakat pemain pertahanan tempatan iaitu Rodney Calvin, Loqman Hakim, serta Amirul Hisyam yang juga boleh beraksi dengan baik di posisi tersebut.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!