“Pakai Sampai Dua Saiz Lebih Besar” – Shin Tae-yong Tegur Pemain Indonesia Tidak Pandai Pilih Kasut Sehingga Dibelasah Korea Selatan

Tidak pandai memilih kasut yang sesuai dipercayai menjadi salah satu punca skuad B-19 Indonesia dibelasah Korea Selatan B-19 dengan jaringan 7-0 dalam satu perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Melalui sebuah perkongsian di You Tube milik Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), jurulatih dari Korea Selatan itu dilihat terganggu oleh saiz kasut yang dipakai oleh barisan pemainnya ketika sesi latihan.

Menurut Shin Tae-yong, pemain-pemain Indonesia B-19 memilih menggunakan kasut but dengan ukuran yang terlampau sangat besar.

Melalui video yang dikongsikan PSSI sendiri, bekas jurulatih Piala Dunia Korea Selatan itu kemudiannya menegur dan mengajar pemain-pemain ini untuk memilih kasut yang sesuai.

Pemilihan kasut yang sesuai sememangnya penting di dalam bola sepak. Pemilihan kasut yang tidak sesuai sudah tentu akan menjejaskan prestasi seseorang pemain secara langsung ketika aksi di dalam padang.

Selain mengganggu kepantasan larian seseorang pemain, pemilihan kasut yang salah turut akan menjejaskan hantaran dan sepakan yang dilakukan oleh pemain.

“Kasut kalian sememangnya sangat besar ukurannya. Kalau lihat kasut bola kalian itu, ia [seolah-olah] mencari yang selesa,” kata Shin Tae Yong.

“Sekiranya kasut bola yang dipakai lebih besar daripada saiz sebenar kaki, anda tidak akan dapat berlari dengan pantas. [ibu jari] Kaki pun tidak akan dapat merapat.

“[Kasut] besar memang buat anda selesa, tetapi pergerakan kakinya tidak kuat. Kasut bola digunakan untuk melakukan hantaran [sepakan].

“Sekarang yang anda pakai itu satu sampai dua saiz lebih besar. Tidak boleh seperti itu, menyepak bola tidak kuat nanti,” tambahnya lagi.

Melalui video yang dikongsikan, Shin Tae-yong turut menyuruh pemain-pemainnya membezakan kasut yang dipakainya berbanding yang dipakai oleh pemain.

Skuad Indonesia B-19 yang turut diasuh oleh Shin Tae-yong berada di Korea Selatan dalam rangka persiapan untuk menghadapi Piala Dunia B-20 di mana Indonesia akan bergelar tuan rumah dan akan diadakan pada tahun hadapan.

Kejohanan tersebut sebenarnya dijadualkan akan berlangsung di Indonesia pada tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik yang melanda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN