Legenda bola sepak dunia, David Beckham memanfaatkan popularitinya dengan menyerahkan akaun Instagram miliknya kepada seorang pakar perinatal warga Ukraine, Dr. Iryna, selama sehari.
Tujuan bekas kapten England tersebut adalah untuk memaparkan kepada umum “tugas menakjubkan” yang dilakukan oleh pasukan perubatan serta kakitangan kesihatan di negara bergolak tersebut yang bekerja keras menyelamatkan nyawa di tengah-tengah pencerobohan Rusia penghujung bulan lalu.
Selaku duta Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Beckham mahu akaun Instagram miliknya yang mempunyai 71.5 juta pengikut dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk di seluruh dunia.
“Hai semua, jadi saya akan menyerahkan [akaun] sosial media kepada Iryna, Ketua Pusat Perinatal di Kharkiv, Ukraine di mana beliau sedang gigih membantu ibu-ibu mengandung melahirkan anak mereka dengan selamat,” ujar Beckham.
“Terima kasih untuk semua sumbangan anda, mesin penjana oksigen yang mereka terima sangat membantu bayi-bayi yang baru dilahirkan bertahan dalam keadaan sukar.
“Terus saksikan ‘story’ saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja-kerja hebat yang Iryna dan pasukan perubatan lalui untuk menyelamatkan nyawa.
“Teruskan memberi sokongan kepada insan-insan luar biasa ini dan UNICEF dalam apa juga cara. Besama-sama kita lakukan perubahan. Terima kasih.”
❗️Today, David Beckham, the world famous football player, handled over his social media channels to Iryna, the Head of the Regional Perinatal Center in Kharkiv, Ukraine, where she is helping mothers give birth under constant shellings from the Russian occupational army.
👇 pic.twitter.com/PXfZFPRUAt— Verkhovna Rada of Ukraine – Ukrainian Parliament (@ua_parliament) March 20, 2022
Dr Iryna mula berkongsi kisah-kisah dan gambar-gambar ngeri yang dihadapinya ketika berkhidmat untuk wanita yang sedang hamil, para ibu baru serta bayi yang baru dilahirkan dalam suasana perang.
Sepanjang beberapa catatan yang dimuat naik, beliau menunjukkan keadaan sesak lagi sempit di tingkat bawah pusat tersebut di mana semua wanita hamil dan ibu baru bersalin dipindahkan pada hari pertama serangan berlaku.
Netizen juga dapat melihat para doktor merawat bayi bahu lahir di unit jagaan rapi (ICU) serta mengetahui kisah lebih peribadi seperti ibu bernama Yana dan anak lelakinya, Mykhailo, yang dilahirkan pada hari kedua perang tercetus, dengan masalah pernafasan.
David Beckham gave his Instagram account to Ukrainian doctor Irina Kondratova so that she could show the whole world the work of the perinatal center in #Kharkiv
David's audience is over 71 million subscribers.
David and his wife donated a $1 million to #Ukrainian children. pic.twitter.com/JKEwPDQOkK
— NEXTA (@nexta_tv) March 20, 2022
“Hari-hari pertama adalah yang paling sukar,” luah Dr. Iryna.
“Kami perlu belajar bagaimana untuk bekerja dalam keadaan pengeboman dan serangan yang berlaku. Ia adalah tiga jam paling dahsyat yang diluangkan bersama-sama.
“Malangnya, kami tidak boleh membawa bayi-bayi yang berada di unit jagaan rapi (ICU) ke besmen kerana mereka bergantung kepada peralatan khas untuk menyelamatkan nyawa.”
“Kami mungkin membahayakan nyawa kami tetapi kami langsung tidak memikirkannya. Kami cintakan pekerjaan kami… Doktor dan jururawat di sini, kami bimbang, kami menangis tetapi tiada seorang pun daripada kami akan berputus asa,” tambahnya.
Beckham dan isterinya Victoria telah memberikan sumbangan sebanyak £1 juta (RM5.4 juta) bagi memberi sokongan kepada kanak-kanak yang terjejas di negara yang dilanda perang itu.
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!