‘Page JST Pun Boleh Silap Fakta’ – Ini Sebab Penyokong Bising Liga Malaysia Sukar Dapatkan Data

Pusingan awal saingan Piala FA 2022 yang bermula pada hujung minggu lalu menyaksikan beberapa kemenangan besar dicatatkan oleh beberapa pasukan.

Antara yang menjadi sorotan ialah kejayaan JDT yang merekodkan kemenangan 10-0 ke atas wakil Liga M3, kelab Budak Rumah Murah (BRM) FC.

Kemenangan tersebut pada mulanya dianggap sebagai kemenangan terbesar di dalam sejarah pertandingan Piala FA sejak penganjurannya pada 1992.

 

Perkara itu pada mulanya dikongsi oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Fakta itu bagaimana pun tidak tepat dan diperbetulkan oleh beberapa pengguna Twitter yang lain, termasuk MahaBolaMy – yang aktif berkongsi mengenai perkembangan semasa dan sejarah Liga Malaysia di Twitter.

Turut melakukan perkongsian fakta yang salah adalah media sosial rasmi JDT, iaitu JOHOR Southern Tigers (JST).

https://twitter.com/izqandarzlqrnn/status/1503087075725258752

Fakta kemenangan tersebut diperbetulkan beberapa kali, termasuk oleh seorang pengguna Twitter, Izqandar Zulqarnain yang berkongsi mengenai kemenangan 17-1 pasukan Batu Dua FC ke atas Rawang City FC pada musim 2019.

Mungkin menyedari kesilapan fakta yang dikongsi, JST kemudiannya mengubah fakta sebenar mengenai kejayaan menewaskan BRM FC sebagai kemenangan terbesar yang pernah diraih oleh kelab dari selatan tanah air itu.

Mujurlah ada lagi page-page bola Indie, dan penulis bebas ala blogger masih lagi menyimpan rekod-rekod penulisan lama untuk dijadikan rujukan.

Tidak wajar dipersalahkan

Jika kita selidiki wartawan seperti Zulhelmi dianggap sebagai wartawan yang memiliki nama dan kredibiliti besar di dalam industri. Malah Zulhelmi sering menjadi rujukan media-media lain di dalam industri untuk pengesahan maklumat-maklumat terkini berkaitan bola sepak tempatan.

Begitu juga dengan JST yang memiliki followers paling ramai di setiap platform media sosial mereka. JST memiliki pengikut daripada seluruh dunia dan menjadi sumber utama penyokong dan media untuk mendapatkan informasi terkini skuad Harimau Selatan.

Kesilapan fakta yang dikongsikan oleh wartawan seperti Zulhelmi dan JST dianggap sebagai ‘rare’ dan amat jarang sekali berlaku.

Namun pada pendapat kami, Zulhelmi dan JST tidak wajar dipersalahkan – apatah lagi dijadikan bahan jenaka bola sepak yang sentiasa sarkastik dalam setiap perkara.

Kurangnya akses data dan statistik Liga M

Apa yang berlaku ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya data dan statistik pertandingan, termasuk pertandingan Piala FA boleh diperolehi dengan mudah.

Bagi pengikut setia bola sepak tempatan khususnya penulis bebas dan penyokong kesukaran mendapatkan data pemain dan pasukan bukanlah perkara baharu.

Berbeza dengan pertandingan di luar negara, data-data seperti rekod jaringan, bantuan gol, jumlah hantaran, tackle dan sebagainya boleh diperolehi dengan semudah di hujung jari.

tangkap layar daripada https://www.thefa.com/competitions/thefacup

Di Malaysia, anda harus duduk berjam-jam melakukan carian di laman sesawang untuk mendapatkan maklumat yang serupa kerana ketiadaan ‘data base’ disediakan walaupun pertandingan Piala FA di Malaysia sudah pun berusia 40 tahun pada tahun ini.

Sebagai perbandingan, maklumat Piala FA Inggeris boleh diperolehi dengan mudah daripada laman sesawang www.thefa.com. Begitu juga dengan data-data lain daripada Premier League yang boleh diperolehi dengan mudah sebagai bahan rujukan melalui www.premierleague.com.

MFL boleh perbaiki

Pada kami ini merupakan aspek yang boleh diperbaiki oleh pihak MFL untuk memeriahkan pertandingan di bawah anjurannya. Data, statistik dan maklumat yang lebih komprehensif haruslah mudah diakses oleh sesiapa sahaja.

Dewasa ini peminat dan bola sepak tempatan bukan sahaja dahagakan aksi di dalam padang, tetapi mereka juga kini turut cakna dengan maklumat-maklumat lain berkaitan data dan statistik perlawanan.

Mungkin pada masa hadapan MFL juga boleh bekerjasama dengan penyedia statistik seperti Opta (terkenal di luar negara). Mungkin ramai juga tidak menyedari kita juga memiliki penyedia data dan statistik tempatan seperti Atlead Pass.

Kami yakin kesilapan fakta yang dilakukan oleh Zulhelmi dan JST tidak akan berlaku sekiranya kita memiliki sumber maklumat yang boleh diperolehi dengan mudah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN