Parlimen UK Beri Hak Penyiaran Untuk Selamatkan Chelsea

Selepas pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilucutkan jawatan dan dianggap tidak layak untuk bergelar pengarah di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, kerajaan UK memberikan kelab London itu talian hayat sebanyak  £110 juta untuk membantu kewangan mereka.

Pergantungan terhadap Abaramovich bermakna jutawan minyak dari Rusia itu harus menjual semua pemilikan di dalam kelab, dan beliau tidak dibenarkan menyokong kelab secara kewangan seperti sebelum ini.

Chelsea berada di dalam bahaya jatuh muflis selepas penyingkiran Abramovich, kerana pihak kelab akan mulai bergelut untuk menyelesaikan jumlah gaji £28 juta seminggu kepada pemain dan kakitangan kelab 

Hak penyiaran dan wang hadiah

Berdasarkan situasi di atas, mustahil Chelsea mampu bertahan sehingga ke akhir musim ini.

Disebabkan itu, ahli parlimen di UK memutuskan agar The Blues terus diberikan akses kepada keuntungan yang diperolehi daripada hak penyiaran dan hadiah kemenangan untuk membantu mereka terus beroperasi.

Sebelum ini kerajaan UK bertindak menggantung terus akaun kelab bola sepak tersebut. Kelonggaran tersebut membenarkan Chelsea menerima £41 juta hasil daripada hak penyiaran, dan tambahan £46 juta sekiranya menamatkan saingan EPL di kedudukan ketiga pada penghujung musim.

Chelsea juga akan memperolehi tambahan £43 juta sekiranya mampu mempertahankan kejuaraan UEFA Champions League pada musim ini.

Elak daripada muflis

Secara keseluruhan Chelsea boleh memperolehi £130 juta dan ia memastikan Chelsea terselamat daripada dilanda hutang atau diisytihar sebagai muflis.

Sehingga kini kelab itu masih lagi terikat dengan peraturan had perbelanjaan £21,000 untuk perlawanan di tempat lawan. Ia juga dijangka akan berubah sekiranya Chelsea menewaskan Lille dan mara ke suku akhir pada minggu ini.

Dalam erti kata lain, perubahan yang dilakukan membenarkan Chelsea beroperasi seperti biasa tetapi secara minima sehingga ke penghujung musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN