‘Hipokrasi Barat’ – Kononnya Simpati Dengan Ukraine, Tapi Tak Peduli ‘Pembantaian’ Arab Saudi Ke Atas Yaman

Roman Abramovich Bin Salman Arab Saudi

Ekoran serangan Rusia ke atas Ukraine baru-baru ini, satu demi satu dugaan menimpa Chelsea setelah pemiliknya Roman Abramovich dikenakan sekatan oleh kerajaan United Kingdom (UK) yang turut mengganggu proses penjualan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Hartawan Rusia itu dikatakan mempunyai hubungan baik dengan presiden negaranya Vladimir Putin dan dikritik kerana tidak memberikan sebarang kenyataan tentang apa yang sedang berlaku di Ukraine.

Ia sekaligus bakal mengakhiri era Abramovich selama hampir 20 tahun di Stamford Bridge.

Warga bola sepak di seluruh dunia kononnya sedang bersolidariti menolak peperangan yang meragut nyawa orang awam termasuk warga kanak-kanak yang tidak berdosa di Ukraine.

Dalam hal ini, timbul pula persoalan, adakah mereka ini semua tidak pernah dengar atau tahu tentang peperangan di Yaman yang telah pun berlanjutan selama tujuh tahun.

Tutup kekejaman dengan jubah

Ketika Roman Abramovich diberikan tekanan demi tekanan sehingga menjejaskan pasukannya, tidakkah mereka mengenali siapakah Mohammed bin Salman?

Putera Mahkota Arab Saudi itu merupakan individu yang bertanggungjawab secara langsung dengan serangan ke atas Yaman yang telah meragut kira-kira 250 ribu nyawa di negara selatan semenanjung Arab tersebut.

Malah Mohammed bin Salman turut terpalit dengan pelbagai isu kemanusiaan seperti penahanan aktivis dan pembunuhan kolumnis The Washington Post warga Arab Saudi, Jamal Kashoggi beberapa tahun lalu,

Kashoggi, seorang kolumnis The Washington Post warga Arab Saudi yang mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat telah pergi ke kedutaan Saudi di Instanbul pada 2 Oktober 2018 untuk menguruskan dokumen berkenaan urusan perkahwinan dengan tunangnya, Hatice Cengiz, seorang warga Turki.

Bagaimanapun, wartawan berusia 59 tahun pada ketika itu dipercayai diseksa dan dibunuh secara terancang dalam bangunan kedutaan tersebut dan mayatnya yang tidak dijumpai sehingga hari ini dikatakan telah dihancurkan.

Abramovich vs Bin Salman

Untuk menghubungkan perkara ini dengan lebih jelas, dua kes ini mempunyai banyak persamaan, tetapi dua individu berkenaan menerima nasib yang berbeza.

Chelsea dimiliki oleh Roman Abramovich, seorang hartawan yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Vladimir Putin, individu yang bertanggungjawab ke atas peperangan di Ukraine telah ‘dipaksa’ untuk meninggalkan kelabnya.

Newcastle United pula telah diambil alih oleh Konsortium Dana Pelaburan Awam (PIF) dengan nilai £300 juta, namun ‘berselindung’ di bawah terma yang kononnya tidak dibayangi oleh kerajaan Arab Saudi.

Perlantikan Yasir Al-Rumayyan selaku gabernor dan ketua pentadbir kepada PIF dianggap hanyalah sekadar ‘boneka’ semata-mata.

Urus niaga ini dianggap sebagai langkah sumbang dengan melihat adanya seorang individu penting di belakang iaitu Mohammed bin Salman.

Mungkin majoriti penyokong Newcastle United sedang bergembira apabila kelab kesayangan mereka kini dimiliki oleh sebuah konsortium yang diyakini teramat kaya selain sudah cukup bosan dengan era Mike Ashley yang dianggap seorang pemilik yang gagal.

Tetapi dapatkah penyokong The Magpies boleh menerima kenyataan bahawa kekayaan kelab mereka itu dibina di atas darah dan air mata hasil penindasan dan kekejaman pemerintah Arab Saudi?

Pembantaian Aktivis & Jenayah Perang

Pemilikan Newcastle oleh Konsortium Arab Saudi ini sebelum ini telah pun dibantah dan dikritik oleh badan-badan hak asasi manusia.

Democracy for the Arab World Now (Dawn), sebuah organisasi yang ditubuhkan sendiri oleh Kashoggi sebelum beliau dibunuh mendakwa Newcastle telah menjual nama dan reputasi mereka kepada sebuah kerajaan kejam yang ditadbir pemerintah kejam.

Tunang Kashoggi Ingatkan Newcastle United, EPL Tentang Nilai Moral

“Adakah mereka berbangga dapat meletakkan wajah Bin Salman sebagai imej kelab?” ujar Sarah Leah Whitson, pengarah eksekutif Dawn.

Saya hampir tidak percaya bola sepak Inggeris juga seperti menjual maruah mereka tanpa mengira betapa besarnya jenayah yang telah dilakukan hanya selepas ditabur dengan wang?

“Saya tidak rasa orang ramai betul-betul faham tentang pengaruh buruk yang telah berlaku dalam pengambil alihan ini. Ia seolah-olah menormalisasikan tindakan seorang diktator yang telah membuat kekerasan terhadap wartawan.”

Turut kecewa adalah ALQST sebuah badan hak asasi manusia Saudi yang berpusat di UK yang menggambarkan bagaimana PIF dan kerajaan Saudi tidak sama sekali dapat ‘dipisahkan’.

“Jelas bahawa PIF itu terlibat dengan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pemerintah negara itu, termasuk penahanan berterusan aktivis kemanusiaan, pelaksana hukuman kejam dan jenayah perang di Yaman,” ujar Nabhan al-Hanshi, pengarah ALQST.

“Pengambil alihan ini hanyalah strategi perhubungan awam (PR) kerajaan Saudi dengan membuat pelaburan dalam industri sukan dengan tujuan untuk membersihkan imej mereka di mata dunia.”

PIF adalah Saudi, Saudi adalah PIF

Sunjeev Bery, pengarah eksekutif Freedom Forward, sebuah organisasi yang berusaha menamatkan pakatan Amerika Syarikat dengan rejim yang tidak demokratik menegaskan bahawa PIF terlibat secara langsung dengan pembunuhan Kashoggi.

“PIF ini adalah konsortium dana pelaburan awam yang memiliki pesawat yang digunakan oleh pembunuh Kashoggi,” kata Sunjeev.

“Mereka juga bertanggungjawab di atas pembunuhan suku atau etnik di mana Bin Salman mahu membina Kota Neom yang dianggarkan bernilai $500 bilion. Maka, dana pelaburan itu jelas terlibat secara langsung dengan kekejaman diktator Saudi dan sumber wang itulah yang membiayai penindasan.

“Tidak ada pemisahan antara PIF dengan negara. Pemerintah Arab Saudi bertanggungjawab ke atas PIF, duduk di puncak PIF dan menggunakannya secara langsung untuk mengekalkan kuasa. Bola sepak hanya digunakan untuk ‘mencuci dosa’ mereka. Semua orang harus sedar akan realiti ini.”

Penutup

Ini adalah bukti sikap pilih kasih pihak barat, apatah lagi melibatkan sebuah negara seperti Britain yang kononnya mementingkan hak asasi manusia.

‘Benarkan Pengambil Alihan Newcastle Atau Hubungan 2 Negara Musnah’ – Putera Saudi Ugut PM UK

Demi keuntungan, pihak pengurusan Premier League cuba bertindak untuk ‘meneutralkan’ keadaan dengan memberi jaminan kerajaan Arab Saudi tidak akan menguasai Newcastle United mengikut perundangan melibatkan entiti berkepentingan yang memiliki pengusaan kelab.

Adakah masuk akal untuk sebuah negara yang mengamalkan sistem monarki dalam pemerintahannya, tidak akan mencampuri urusan konsortium tersebut?

Ada benarnya kata M. Nasir dalam lagunya Bukalah Hatimu.

Mereka bawa perang di kaca TV
Secara ‘live’ melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T
CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga
Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan
Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu
Bukalah hatimu
(Pada kebenaran)
Buka hatimu
(Pada kebenaran)
Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam
Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam
Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam
Bukalah hatimu
(Pada kebenaran)
Buka hatimu
(Pada kebenaran)
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN