“Saya Tak Nampak Sebagai Isu Utama” – Ong Kim Swee Nafi Kenyataan Pinggirkan ‘Anak Jati’ Sabah

Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali Sabah musim ini memberi penafian mengenai tuduhan segelintir para penyokong kelab tersebut yang mengatakan jurulatih tersebut tidak memilih anak jati negeri berkenaan dalam saingan Liga Super musim ini.

Tegas Kim Swee, setiap perlawanan yang membabitkan pasukan beliau tidak ada istilah ‘pilih kasih’ seperti yang digembar gemburkan para penyokong sewaktu pemilihan barisan kesebelasan utama kelab.

Menurut beliau, para pemain akan dinilai sebaik mungkin secara profesional mengikut kemampuan mereka dalam sesi latihan sebelum dipilih bagi menghadapi sesuatu perlawanan.

“Apabila saya menubuhkan satu pasukan baharu Sabah FC, sebenarnya tidak timbul soal isu yang mana saya harus menurunkan pemain tempatan atau pemain dari mana sekalipun.

“Apa yang penting bagi saya, jika mereka mampu beraksi sebagai kesebelasan utama mereka tetap akan diturunkan dan setiap pemain yang diturunkan mereka bukan beraksi untuk diri sendiri.

“Setiap pemain bermain untuk pasukan, mereka memakai lencana kebanggaan di dada iaitu Sabah FC dengan memastikan mereka mampu mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Saya tidak nampak ini sebagai satu isu utama, kecuali ada segelintir dalam kalangan mereka sengaja untuk menimbulkan masalah ini sehingga mengganggu perjalanan pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini menerusi Berita Harian.

Bekas pengendali skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) ini memberi penjelasan mengenai rungutan segelintir penyokong setia Sabah yang mendakwa pasukan kendalian jurulatih tersebut tidak langsung menyenaraikan pemain kelahiran negeri berkenaan di media sosial ketika perlawanan pertama Liga Super 2022 lalu menentang Negeri Sembilan, di Stadium Likas yang menyaksikan pasukan tersebut tewas mengejut dengan keputusan 1-0.

Dalam masa sama ketika diminta mengulas mengenai aksi kedua bertemu Petaling Jaya City di laman sendiri esok, Kim Swee secara peribadi mengakui perlawanan tersebut bakal menjadi sesuatu yang sangat sengit dan memberi cabaran besar buat pasukan kendaliannya meskipun lawan tidak memiliki pemain import.

“Kita tahu pasukan PJ City FC sudah bersama-sama lebih kurang tiga tahun dengan pemain yang sama dan mereka membuktikan walaupun bermain tanpa pemain import, mereka mampu beraksi dengan cemerlang.

“Pemain berpengalaman mereka termasuk K Gurusamy, Darren Lok, S Kumaahran dan Mahali Jasuli adalah bekas pemain kebangsaan tetapi mereka masih lagi mempunya nilai persembahan yang cukup baik.

“Jadi sudah tentu ini satu tugasan yang lebih mencabar dan saya percaya pasukan PJ City cukup baik walaupun tanpa pemain import,” katanya.

Selain itu, Kim Swee juga memberi kenyataan bakal mengekalkan beberapa tonggak import bagi menghadapi cabaran PJ City malam esok setelah menilai prestasi mereka pada perlawanan lalu yang disifatkan cemerlang untuk menguatkan barisan utama sekali gus memburu tiga mata pertama mereka dalam saingan Liga Super musim 2022 ini.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN