“Dan Sesungguhnya Scammer Itu Benar” – Perak FC Mungkir Janji Langsai Gaji Ikut Tarikh Ditetapkan

Perak FC masih bergelut untuk membayar gaji barisa pemain walaupun telah berjanji untuk berbuat demikian selewat-lewatnya pada 7 Mac, iaitu semalam.

Pasukan Liga Premier itu sebelum ini dilaporkan mempunyai beban hutang sebanyak  RM1,773,532.50 meliputi gaji pemain skuad utama, pemain Piala Presiden dan juga daripada pasukan Piala Belia.

Daripada jumlah itu sebahagian besar adalah gaji pemain import iaitu Jeon Hyo Seok  sebanyak RM419, 080; Leandro Dos Santos RM614,301.44 tidak termasuk 5% faedah tambahan; Raianderson de Costa Morais RM526,953.92 dan 5% faedah.

Bagaimana pun pada 3 Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC memberi jaminan hutang tersebut akan dilangsaikan sebelum 7 Mac.

Malah melalui satu kenyataan sebelum ini Yunus juga berkata pihak kelab akan menyelesaikan semua tunggakan kepada pemain sedia ada, atau sekurang-kurangnya bayaran bulan pertama terlebih dahulu.

Namun berdasarkan perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sehingga tengah malam tadi kelab itu masih gagal berbuat demikian.

Perak FC sebelum ini dilaporkan memiliki tunggakan gaji dua sehingga empat kepada pemain baharu dan lama mereka.

Implikasi kegagalan membayar hutang tersebut sudah pun dirasai oleh Perak FC apabila tidak dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendaftar pemain baharu untuk saingan musim ini.

Kegagalan Perak FC melangsaikan hutang tersebut membuatkan beberapa pemain Perak FC meluahkan kekecewaan di media sosial.

Semalam Pesuruhjaya Sukan mengumumkan pergantungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), yang masih merupakan pemilik sah Perak FC walaupun telah diswastakan selama enam bulan kerana melanggar perlembagaan kelab berkaitan pemecatan 12 ahli gabungan.

Namun menurut MFL, pergantungan tersebut tidak akan memberi kesan kepada Perak FC yang akan meneruskan saingan di saingan Liga Malaysia pada musim ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN