“Caion Miliki Naluri Sebagai Penyerang” – Jurulatih Selangor Puas Hati Aksi Import Penyerang Baru

Selangor boleh dikatakan telah kehilangan satu aset yang sangat besar pada musim ini dalam pasukan apabila penyerang berbisa musim lalu, Ifedayo Olusegun membuat keputusan untuk berhijrah kembali dalam pasukan lama, Melaka United.

Dengan impak yang sangat besar dipamerkan Ifedayo musim lalu di bahagian serangan, nyata pengurusan bersama staf kejutulatihan perlu menilai sebaik mungkin pemain baharu sebagai alternatif lain untuk memastikan ketajaman di posisi tersebut dapat dikekalkan.

Musim lalu, penyerang kelahiran Nigeria ini telah memberi sesuatu yang sangat positif untuk diperkatakan apabila berjaya meledak 26 gol keseluruhan buat Selangor sehingga berjaya merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super Malaysia 2021.

Namun, para penyokong Selangor kini mungkin sudah boleh melupakan aksi penyerang tersebut untuk memberi tumpuan kepada peledak baharu Selangor yang setakat ini berjaya mempamerkan aksi yang sangat baik sejak pra-musim lalu iaitu Herlison Caion dan Hyuri Henrique apabila kedua pemain tersebut menjadi watak utama menyumbang tiga gol bagi mengikat KL City pada perlawanan pertama Liga Super.

Caion telah meledak dua gol dalam perlawanan pertama lalu menerusi sepakan penalti, manakala Hyuri juga berjaya mencipta akaun jaringan pertama bersama Selangor menerusi satu gol diledak beliau sewaktu aksi tetangga Lembah Klang.

Menurut Michael Feichtenbeiner selaku pengendali utama Selangor, beliau nyata berpuas hati setakat ini dengan kelibat dua penyerang baharu itu meskipun pertama kali digandingkan bersama dalam satu pasukan selain cepat menyesuaikan diri dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

“Kita tidak boleh membandingkan mereka dengan Ifedayo. Ifedayo adalah penyerang yang baik tetapi kami kehilangan dia, jadi kami perlu menggantikannya dengan cara yang dirasakan wajar.

“Caion dan Hyuri menunjukkan aksi yang baik. Caion menjaringkan enam gol pada pramusim dan prestasi itu diteruskan apabila dia meledak dua gol menentang KL City FC. Dia sememangnya memiliki naluri sebagai penyerang.

“Begitu juga Hyuri yang sesuai dengan DNA serta corak permainan kita dan dia juga menjaringkan satu gol. Kita perlu menggantikan jumlah gol yang diberikan Ifedayo dalam cara yang lain.

“Kita tidak boleh membeli seorang pemain yang boleh menjaringkan 30 gol tetapi saya gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh Caioan dan Hyuri,” katanya menerusi Berita Harian.

Musim ini, selain Hyuri dan Caion yang menjadi import buat Selangor, skuad ini juga telah menandatangani dua lagi pemain dari Jordan iaitu Baha’ Abdel Rahman dan Yazan Al-Arab selain mengekalkan Safuwan Baharudin dari Singapura.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN