Brian Clough: Ahli Magis Yang Bawa Keajaiban Kepada Derby County & Nottingham Forest

Pada tarikh 12 September 2004, satu berita sedih telah menggemparkan bandar Nottingham dan ramai peminat bola sepak.

Pengurus lagenda Nottingham Forest, Brian Clough telah meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat kanser perut.

Clough terkenal di atmosfera bola sepak England kerana keajaiban yang beliau lakukan pada era kegemilangan Nottingham Forest lewat 70-an dan awal 80-an.

Jika perkataan ‘magik’ boleh digunakan dalam bola sepak, era Clough di Nottingham Forest adalah contoh paling sempurna untuk menggambarkan magik dalam bola sepak.

Menjadi pengurus ketika usia muda

Ketika zaman beliau bergelar pemain, Clough merupakan penyerang yang cukup tajam di depan gol. Beliau menjaringkan 251 gol daripada 274 penampilan.

Majoriti golnya hadir ketika bergelar penyerang pasukan tempat kelahirannya, Middlesbrough.

Walaupun berstatus penyerang prolifik, Clough Cuma memperoleh 2 cap antarabangsa sahaja untuk pasukan England.

Karier Clough sebagai pemain bagaimana pun tidak bertahan lama. Kecederaan ACL menamatkan karier beliau sebagai pemain. Clough bersara pada usia 29 tahun ketika masih mempunyai kontrak dengan Sunderland.

bp1936419

Sejurus selepas bersara, Clough terus terjun ke dunia pengurusan bola sepak dengan menjadi pengurus bola sepak untuk pasukan Hartlepool United di liga divisyen ke-4 England.

Keputusannya menjadi pengurus dalam usia muda mengundang pelbagai persoalan.

“Umur tidak menjamin apa-apa. Yang penting adalah pengetahuan bola sepak yang ada. Saya yakin saya lebih bagus daripada 500 pengurus yang pernah dipecat sebelum Perang Dunia Kedua.”

“Jika mereka benar tahu mengenai bola sepak, mereka pasti tak akan dibuang kerja.”

Keyakinan tinggi yang ditunjukkan oleh Clough membuatkan beliau cukup berjaya di Hartlepool. Beliau kemudiannya ditawarkan jawatan pengurus Derby County.

Mengukir nama

Clough mula mengukir nama dalam bola sepak Inggeris selepas membawa Derby County menjadi juara First Division selepas 3 musim menjadi pengurus.

Beliau juga berjaya membawa Derby ke pusingan separuh akhir European Cup pada tahun 1973. Derby tewas 1-3 secara agregat dengan gergasi Itali, Juventus.

49cbc1482810b85c9718bb7ea4e0792a

Langit tidak selalu cerah. Pada tahun 1972, hubungan Clough dengan Sam Longson, pemilik Derby pada ketika itu mula menjadi tegang.

Hubungan tegang ini membawa kepada perletakkan jawatan Clough di Derby. Clough selepas itu berkelana ke Brighton & Hove Albion dan kemudian Leeds United.

Di Leeds, Clough dipecat kerana mengutuk para pemain dan bekas pengurus mereka, Don Revie.

Selepas mengalami masa sukar di Leeds United, Clough kemudiannya ditawarkan menjadi pengurus di Nottingham Forest.

Magis Nottingham Forest

Kali ini, Clough menjadi pengurus Nottingham Forest yang pada ketika itu beraksi di Second Division.

Keajaiban berlaku apabila Clough berjaya membawa Forest ke First Division pada tahun 1977.

Pada tahun 1978, mereka kemudiannya menjadi juara First Division pada musim pertama mereka di liga teratas England!

2d54615300000578-3269817-image-a-175_1444684032525

Lebih manis, kejuaraan tersebut dicapai ketika era kegemilangan Liverpool pimpinan Bob Paisley. Liverpool berada di tangga ke-2 liga dengan perbezaan 7 mata.

Kejayaan itu terus menjadikan Clough pengurus kedua yang memenangi liga dengan dua pasukan berbeza selepas Herbert Chapman.

Pada musim berikutnya (1979), Clough mencipta rekod dunia apabila menjadi pengurus pertama di England yang membelanjakan £1 juta untuk menandatangani penyerang muda Birmingham City, Trevor Francis (berbaju merah dalam gambar bawah).

promo266004402

Walaupun terlepas kejuaraan liga kepada Liverpool pada tahun 1979, Clough berjaya mengemudi pasukannya menjuarai European Cup apabila menewaskan Liverpool 2-0 dalam separuh akhir dan Malmo 1-0 dalam final.

Trevor Francis menjadi hero Forest apabila meledak gol kemenangan dalam final European Cup 1979 tersebut.

copa-de-europa-final-1979-nott

Semua orang tahu mempertahankan kejuaraan jauh lebih sukar daripada memenanginya.

Liverpool pernah melakukan pencapaian sama apabila bergelar juara European Cup pada tahun 1977 dan 1978. Ajax melakukannya pada tahun 1970, 1971, 1972 dan 1973. Bayern Munich pula melakukannya pada tahun 1974, 1975 dan 1976.

Tapi mereka melakukannya dengan menghimpunkan kelompok pemain terbaik Eropah.

Dengan bajet kecil, Forest bagaimanapun membuktikan ianya tak mustahil apabila berjaya mempertahankan kejuaraan European Cup pada tahun 1980! Mereka menewaskan Hamburg 1-0.

Soccer - European Cup Final - Nottingham Forest v Hamburg

Di peringkat domestik, Forest juga mencipta rekod tidak tewas dalam 42 perlawanan. Ini sekaligus memadam rekod yang dicipta Burnley pada tahun 1920-an.

Rekod itu bertahan sehinggalah ia dipecahkan oleh Arsenal pada musim 2003/2004 apabila tak tewas dalam 49 perlawanan.

Penghujung jalan

Sebagai kelab kecil yang mempunyai bajet terhad, Forest tak mampu menghalang pemergian pemain-pemain bintangnya. Sedikit demi sedikit ia mengikis kualiti Forest.

Selepas kejayaan di Eropah, Clough gagal mengekalkan kejayaan tersebut dan hanya mampu menjuarai League Cup sebanyak 4 kali, selain tewas di perlawanan akhir FA Cup 1991.

Usaha terbaik yang mereka mampu lakukan adalah menduduki tangga ke-3 liga dan sampai ke separuh akhir UEFA Cup pada tahun 1984 sebelum tewas kepada Anderlecht.

89115595

Itu pun mereka tewas kerana pengadil berat sebelah. Dikatakan pengadil terpaksa lakukannya kerana beliau berhutang dengan pemilik Anderlecht.

Di penghujung karier pengurusannya di Nottingham Forest, Clough mula terjebak dengan masalah ketagihan alkohol. Forest pula merosot hingga menjadi pasukan terakhir tersingkir ke divisyen bawahan sebelum Premier League diperkenalkan.

Akhirnya, Clough berundur dari menjadi pengurus Forest secara terhormat, tanpa memenangi sebarang gelaran FA Cup.

Abadi selamanya

Legasi yang ditinggalkan Clough membuatkan semua individu yang pernah dibimbingnya merasa terhutang budi ke atas semua jasanya.

Lalu jalan A52 yang menghubungkan Nottingham dan Derby dinamakan sebagai Jalan Brian Clough.

brian-clough-way_1lovdgj27166x

Kereta kabel di perkhidmatan Nottingham Express Transit juga menggunakan nama Clough.

3 tugu peringatan untuk Clough telah dibina di 3 tempat berbeza:

  • Di kampungnya iaitu Middlesbrough pada 16 Mei 2007
  • Di Pasar Lama Nottingham pada 6 November 2008
  • Di Pride Park iaitu gelanggang Derby County pada 28 Ogos 2010

cloughie

Derby dan Forest juga secara automatik mewujudkan Brian Clough Trophy sekiranya mereka bertemu di saingan liga.

Clough merupakan pemain dan pengurus yang cukup istimewa. Sekalipun telah meninggal dunia, legasinya masih hidup dan dikenang sehingga hari ini.

photo_2016-10-04_16-24-50

photo_2016-10-04_16-24-44

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Kiridaren Jayakumar. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Baca juga: Kalusha Bwalya: Inspirasi Kebangkitan Zambia Selepas Nahas 1993 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN