Analisis Taktikal Piala AFC 2016: JDT Memanipulasi Titik Lemah South China Di Kiri

JDT menang perlawanan timbal balik kedua di Larkin dengan jaringan 2-1, sekaligus mara ke separuh akhir dengan jaringan aggregate 3-2. Berikut adalah analisis taktikal perlawanan tersebut.

JDT serang dari kanan

JDT mengekalkan corak serangan yang sering mereka lakukan iaitu serangan daripada arah kanan. Dalam perlawanan ini, pada awalnya amat sukar untuk mereka menyerang melalui tengah kerana terlalu sesak.

South China cuba mengekalkan shape pasukan mereka sebaik mungkin dalam 4-1-4-1. Mereka cuba bertahan dengan keadaan yang kompak.

Namun begitu, di bahagian pertahanan kiri mereka dalah titik lemah utama mereka dalam perlawanan ini. Azamuddin Akil antara pemain yang banyak mendapat manfaat dari segi ruang dan masa kerana kelemahan organisasi ini.

Lihatlah ruang yang diperolehi Azamuddin Akil dalam gambar di bawah!

12

JDT juga kerap diberikan ruang selesa di dalam kotak penalti walaupun South China bertahan dengan unit yang ramai. Ia adalah isu fokus dan disiplin yang lemah.

8

Peranan Diaz

Diaz sekali lagi menjadi pemain penting dalam taktikal Gomez kali ini. Beliau sekali lagi bermain dalam peranan floating attacker ataupun pemain yang bergerak bebas.

Diaz banyak berada di zon half space sebelah kiri untuk membentuk 4-4-2 jika perlu. Ini kerana Lucero lebih selesa dengan kawasan sebelah kanan.

Diaz adalah pemain yang akan menentukan sama ada JDT bermain 4-4-2, 4-4-1-1 atau 4-2-4.

diaz

Diaz memenangi sepakan penalti namun gagal disudahkan Safiq Rahim. Beliau kemudian menjaringkan gol kedua selepas pertahanan lemah South China.

Diaz melakukan tandukan yang memerlukan kekuatan otot pada bahagian tengkuk beliau selepas sepakan penjuru dengan hantaran yang agak ke dalam oleh Safiq Rahim.

Taktikal memenuhkan (overloading) kotak penalti JDT

Ia adalah taktikal biasa yang menjadi kegemaran Gomez. Beliau akan mengarahkan 2 pemain sayap beliau, Azinee dan Azamuddin untuk menjadi penyerang tambahan bersama-sama dengan Diaz dan Lucero.

Dalam keadaan ini, JDT memiliki sehingga 4-5 orang pemain di dalam kotak penalti. Ia memang memberikan masalah kepada South China yang perlu mengawal permainan intensif oleh JDT di dalam kotak penalti.

Taktikal South China

South China bermain dalam sistem 4-1-4-1 dengan tiada pendekatan yang benar-benar dinamik atau fluid. Kebanyakan serangan mereka bergantung kepada keupayaan teknikal pemain bukannya secara permainan berpasukan.

Mereka perlu mencari gol dalam perlawanan ini. Ia memaksa mereka untuk cuba menyerang. Serangan mereka bergantung kepada Mahama Awal yang bermain di wide area sebelah kanan. Pemain ini cuba untuk menjadi penyerang tambahan secepat mungkin.

Dari segi ketajaman hantaran dan visi, mereka agak lemah. Ini yang sangat menghalang mereka untuk menyaingi JDT dalam perlawanan ini walaupun mereka ada kualiti pemain yang baik.

Mereka kurang kreativiti untuk memecahkan blok pertahanan JDT dan banyak mencuba dari luar kotak penalti kemudian cuba untuk memenangi bola kedua. Mereka tidak ada keyakinan untuk bermain lebih banyak dengan bola di kaki.

sas

Boleh dikatakan, mereka gagal bermain sebagai unit dalam pasukan walaupun secara individu mereka memiliki beberapa pemain yang beraksi baik.

Isu pivot JDT

Pada separuh masa kedua, Mario Gomez memasukkan Gary Steven. Salah satu sebabnya adalah masalah di bahagian pivot mereka dalam menyediakan sokongan di deep area, sama ada ketika menyerang ataupun melakukan serangan.

1

Ini antara contoh bagaimana Antonio terpaksa menghantar bola ke belakang kerana ketiadaan sokongan dari deep yang diberikan oleh pemain no.6. Anda juga akan melihat konflik posisi bek kanan dan Azammudin dengan Safiq Rahim berada di zonal yang tidak perlu.

ww

7

Sekarang anda lihat contoh apabila pivot mereka berada dalam kedudukan terbaik seperti gambar di bawah. Anda akan melihat betapa mudahnya Aidil dan Antonio untuk menghantar bola.

9

Ia diperbaiki Gomez dengan kemasukkan Gary dan JDT bermain dalam formasi 4-3-3. Ini kerana, jika beterusan dengan bentuk pasukan yang ada, mereka agak berisiko hilang bola di kawasan sendiri dalam proses build up lebih lebih lagi, South China mulai meningkatkan intensiti ketika ketinggalan.

JDT kurang sokongan width di sebelah kanan

Walaupun JDT lebih banyak mendapat peluang dari arah kanan. Namun dari segi taktikal, di sebelah kiri ada interaksi yang lebih baik.

Di bawah ini adalah gambaran gerakan dominan JDT secara taktikal di dalam perlawanan ini.

jd1

Azriff agak lemah memberikan sokongan positioning dalam perlawanan ini. Beliau tidak memberikan width kepada pasukan ketika Azamuddin Akil masuk ke half-space untuk menjadi penyerang tambahan.

4

Ia memberikan banyak kerja kepada Azamuddin, mujurlah beliau beraksi dengan baik dalam perlawanan ini. Pada masa yang sama sokongan daripada Lucero banyak membantu beliau.

Tidak kurang juga, kelemahan South China untuk bertahan ketika diserang dari arah kiri.

JDT hilang fokus dalam perlawanan

Dua perlawanan berturut-turut mereka menunjukkan corak / pattern yang sama iaitu bolos sebelum wisel penamat. Pada separuh masa pertama mereka juga hampir dihukum kerana hilang fokus pada minit minit akhir.

Dalam rajah di bawah, anda akan melihat, Fazly Mazlan bermain dalam walking pace untuk kembali ke garisan pertahanan.

6

Pada masa tambahan separuh masa kedua, Marcos Antonio terlalu kasual ketika bertahan dan dihukum oleh Komazec.

Ia adalah isu mentaliti dalam perlawanan yang perlu diperbaiki oleh JDT.

Kesimpulan

Ada 2 fasa perubahan utama dalam taktikal Gomez. Pertama adalah dalam formasi 4-4-1-1 dan keduanya adalah dalam 4-3-3.

Pendekatan mereka adalah konsisten sejak dari awal perlawanan, iaitu untuk menyerang dengan sekerap mungkin. Pada separuh masa kedua, kualiti JDT lebih baik dari segi intensiti.

Ini yang menjadi faktor utama kenapa South China lebih tertekan pada separuh masa kedua.

JDT memiliki kekuatan teknikal apabila ramai pemain mereka berada dalam prestasi terbaik dan overperform terutamanya Azamuddin, Fazly Mazlan.

Ia memang kemenangan yang berhak kepada JDT berdasarkan persembahan dan keinginan mereka dalam perlawanan ini. Mereka telah banyak memperbaiki kelemahan pada perlawanan pertama.

Pemain terbaik perlawanan

Jorge Pereyra Diaz (JDT)

download

Baca juga : Analisis Taktikal Serie A 16/17: 5 Cara Frank De Boer Menewaskan Juventus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN