“Sentiasa Mementingkan Kelab” – Penyokong Chelsea Puji Kemuliaan Hati Roman Abramovich

Roman Abramovich akhirnya mengesahkan yang beliau akan menjual Chelsea selepas sebelum ini beliau hanya menyerahkan kuasa penuh kepada yayasan Chelsea.

Beliau menyerahkan kuasa kepada yayasan Chelsea untuk mengelakkan pertikaian pemilikan beliau dengan konflik yang terjadi antara Ukraine dan Rusia.

Bimbang akan diganggu oleh kerajaan UK, Roman Abramovich akhirnya memutuskan untuk menjual saja Chelsea dan keuntungan dari hasil penjualan kelab akan didermakan kepada mangsa di Ukraine.

Lebih menakjubkan lagi, Roman Abramovich turut mengesahkan yang beliau tidak akan menuntut semula hutang kelab bernilai £1.5 billion darinya.

Dana tersebut beliau pinjamkan kepada kelab untuk membeli pemain berkelas dunia, membina pusat latihan dan pelbagai lagi kegunaan kelab.

Sejak beliau mengambil alih Chelsea pada tahun 2003 yang lalu, The Blues sebenarnya sudah berjaya mengubah kedudukan kelab mereka menjadi antara pasukan digeruni di Eropah.

Pelbagai kejayaan yang berjaya dikecapi oleh kelab dari London itu sepanjang era pemilikan Roman Abramovich sehingga ke hari ini.

Lima gelaran Premier League, dua gelaran Champions League, dua gelaran Europa League, lima gelaran FA Cup, tiga gelaran League Cup, Super Cup dan terbaru, FIFA Club World Cup.

Beliau juga turut berjaya membantu menaikkan skuad wanita Chelsea dan sejak kehadiran Roman Abramovich, mereka sudah berjaya memenangi empat gelaran Women’s Super League dan tiga gelaran Women’s FA Cup.

Kerana sokongan luar biasa yang ditunjukkan oleh Roman Abramovich, para peminat jelas sekali sangat menghormati dan menyayangi beliau.

Tidak hairanlah mengapa ramai peminat yang sedih dengan berita bahawa beliau akan menjual kelab selepas hampir dua dekad memiliki gergasi London itu.

Walau bagaimanapun, para penyokong turut memberikan pujian yang melambung kepada billionaire dari Rusia itu, kerana tetap mengutamakan kelab berbanding keuntungan dalam situasi seperti ini.

Para peminat di media sosial rata-rata terlalu sedih dan terkesan dengan berita Roman Abramovich mahu menjual kelab, dan menganggap billionaire dari Rusia itu sebagai pemilik kelab terhebat di dunia.

Berikut merupakan komen-komen dari para peminat di twitter, dan jelas sekali Roman Abramovich akan terus dikenang sebagai pemilik kelab terhebat pernah ada dalam dunia bola sepak.

https://twitter.com/OliviaBuzaglo/status/1499095813733113860?t=wIeIs-PcMewlq9FUIpAr1w&s=19

Kenyataan media Roman Abramovich

“Saya ingin menangani spekulasi di media sejak beberapa hari lalu berhubung pemilikan saya terhadap Chelsea FC. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, hati saya sentiasa mengambil keputusan yang terbaik untuk kepentingan Kelab. Dalam keadaan semasa, saya telah mengambil keputusan untuk menjual Kelab, kerana saya percaya ini adalah demi kepentingan terbaik Kelab, peminat, pekerja, serta penaja dan rakan kongsi Kelab.”

“Penjualan Kelab tidak akan terjadi dengan pantas tetapi akan mengikut proses yang sepatutnya. Saya tidak akan meminta sebarang pinjaman dibayar balik. Ini tidak pernah mengenai perniagaan atau wang untuk saya, tetapi tentang semangat murni serta keghairahan untuk bola sepak dan Kelab.”

“Selain itu, saya telah mengarahkan pasukan saya untuk menubuhkan yayasan amal di mana semua hasil bersih daripada jualan akan didermakan. Yayasan itu akan menjadi untuk manfaat semua mangsa perang di Ukraine. Ini termasuk menyediakan dana kritikal untuk keperluan mendesak dan segera mangsa, serta menyokong kerja pemulihan jangka panjang.”

“Harap maklum bahawa ini adalah keputusan yang sangat sukar untuk dibuat, dan saya berasa sakit untuk berpisah dengan Kelab dengan cara ini. Walau bagaimanapun, saya percaya ini adalah demi kepentingan terbaik Kelab.”

“Saya berharap saya akan dapat melawat Stamford Bridge buat kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua secara peribadi. Menjadi sebahagian daripada Chelsea FC merupakan satu keistimewaan seumur hidup dan saya berbangga dengan semua pencapaian bersama kami. Kelab Bola Sepak Chelsea dan penyokongnya akan sentiasa berada di hati saya.”

Dari kenyataan beliau, cukup jelas untuk semua fahami yang Roman Abramovich benar-benar menyayangi Chelsea sepenuh hatinya, dan beliau bukanlah memilih untuk jadi pemilik demi keuntungan semata-mata.

Satu hal yang pasti, sumbangan beliau untuk kelab tidak akan pernah dilupakan oleh para peminat, dan semoga saja pemilik baru Chelsea nanti akan ada semangat yang sama seperti Roman Abramovich.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN