Baddrol Bakthiar: 2 Golnya Bantu Kedah Cemerlang Sepanjang Ogos 2016 Di Liga Super

Untuk bulan kedua berturut-turut, pemain tempatan telah menguasi anugerah pemain terbaik bulanan untuk Liga Super.

Jika pada bulan Julai Fazrul Hazli telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my untuk bulan Ogos, kini Baddrol Bakthiar pula yang dipilih menjadi pemenang!

Pelengkap rekod bersih 100%

Aksi keseluruhan pasukan Kedah pada bulan Ogos yang menang semua 4 perlawanan liga cukup memberangsangkan.

Rekod kemenangan 100% ini diperoleh hasil 3 kemenangan di laman sendiri dan 1 di laman lawan:

  • Kedah 1-0 Pahang (3 Ogos 2016)
  • Kedah 1-0 Selangor (6 Ogos 2016)
  • Kedah 2-1 Sarawak (16 Ogos 2016)
  • Kelantan 1-2 Kedah (24 Ogos 2016)

Perlu diingat. Kemenangan ini dicapai ketika 2 penyerang baru Kedah, Thiago Augusto dan Shane Smeltz masih sedang dalam fasa menyesuaikan diri.

Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my
Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my

Ketika inilah, pemain tengah seperti Baddrol perlu meringankan beban mereka dengan menjaringkan gol.

Dalam aksi Liga Super bulan Ogos, Baddrol menjaringkan 2 daripada 6 gol yang disumbat Kedah. Paling berharga adalah gol tunggalnya ketika kemenangan 2-1 ke atas Kelantan di Kota Bharu.

Lebih menarik, gol yang hadir pada masa kecederaan separuh masa kedua itu merupakan percubaan luar kotak dan ia membuatkan Tabah Shazwan ‘menggila’ dalam ulasannya terhadap gol itu!

https://www.youtube.com/watch?v=HTfJCBW3IsE

Prestasi cemerlang Baddrol diteruskan dalam saingan Piala Malaysia ketika menentang JDT II.

Perlawanan yang berlangsung di Pasir Gudang itu merupakan prestasi terbaik Baddrol pada bulan Ogos.

Hal ini kerana beliau terlibat dalam semua gol yang dihasilkan Kedah dalam kemenangan 3-2 terhadap pasukan tuan rumah itu.

nzm_9089-1
Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my

Baddrol menyumbang 2 assists untuk gol yang dihasilkan oleh Shane Smeltz dan Syazwan Zainon.

Beliau juga menjaringkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-56 untuk membantu Kedah memperoleh 3 mata di Pasir Gudang.

Saingan sengit

Baddrol menghadapi saingan sengit dari 4 pemain lain yang turut tercalon untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my untuk bulan Ogos.

Mereka adalah Adam Nor Azlin (Selangor), Hafizul Hakim (Perak), Wan Zack Haikal (Kelantan) dan Jorge Pereyra Diaz (JDT).

Hasil dari 17,022 undian yang dilakukan oleh seluruh peminat bola sepak Malaysia, 41.98% atau 7,146 jumlah undian menjadi milik Baddrol untuk membolehkan beliau menjadi pemenang.

Baddrol berjaya menewaskan pencabar terdekat iaitu Jorge Diaz yang berada ditangga ke-2 yang memperoleh 33.40% atau 5,686 undian. Wan Zack memperoleh 10.36% atau 1,764 undi untuk berada di tangga ketiga.

14352329_854855557949061_2583889814058700288_o

Anugerah yang diterima oleh Baddrol ini disampaikan dalam satu majlis ringkas di Stadium Darul Aman.

Ia disampaikan oleh Timbalan Presiden PFAM Rezal Zambry Yahya, Exco PFAM Rudie Ramli, CEO PFAM Izham Ismail dan juga wakil dari Asiana.my .

Majlis ringkas itu juga dihadiri oleh jurulatih Kedah iaitu Tan Cheng Ho, staf kejurulatihan Kedah yang lain serta pemain Kedah yang lain.

14362574_858726170895333_7590574241688710846_o

Baddrol kini menjadi pemain tempatan ke-4 yang memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my selepas Faiz Subri (Pulau Pinang), Izham Tarmizi (JDT) dan Fazrul Hazli (Perak).

Tahniah buat Baddrol diatas kejayaan ini. Semoga prestasi cemerlang ini berjaya dikekalkan!

Baca juga: Fazrul Hazli: Prestasi Julai 2016 Bukti Penyerang Tempatan Boleh Saingi Penyerang Import

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN