“Mungkin Ada Pemain Baharu Yang Dipilih” – Yusoff Mahadi

Laungan positif dilontarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai sentuhan daripada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang dilihat mempunyai potensi tersendiri untuk memberi cabaran dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 di laman sendiri pada Jun ini.

Datuk Yusoff Mahadi selaku timbalan presiden badan induk tersebut optimis dengan pendapat beliau mengenai skuad kebangsaan yang bakal berwajah baharu dengan kemasukan para jurulatih yang diumumkan sebelum ini menerusi sebuah sidang media.

“Siapapun lawan kita, ia bukan aksi yang mudah jadi kita perlu bersedia. Kita pernah berjumpa Bahrain dalam aksi persahabatan sebelum ini, jadi kita harap jurulatih dapat melihat permainan terbabit untuk merangka strategi baharu untuk kita.

“Aksi menentang Bahrain dan Turkmenistan memang penting seperti yang sudah dinyatakan Pan Gon. Memang harapan kita untuk layak dan kalau kita tewas dua aksi terbabit, pasti kita tidak akan lepas.

“Pasukan kita pun dianggap berwajah baru dan mungkin ada pemain baharu yang akan dipilih barisan kejurulatihan bagi membentuk gandingan lebih berkesan untuk berdepan pasukan pada kelayakan itu nanti,” katanya menerusi Berita Harian selepas majlis pelancaran buku berjudul ‘Datuk Shukor Salleh Jeneral Padang’ di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Untuk rekod semasa, Harimau Malaya kini menduduki ranking ke-154 dunia telah diundi dalam Kumpulan E bersama pasukan di ranking ke-89 dunia, Bahrain selain pasukan ke-134 dunia, Turkmenistan dan Bangladesh (186).

Pada masa sama, selaku Ahli Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan, Mohd Yusoff akui kelebihan beraksi di laman sendiri amat melegakannya dan mengurangkan beban bagi pihak pengurusan badan induk tersebut.

“Dengan kelebihan bermain di sini, banyak benda yang boleh kita tinggalkan berbanding persiapan yang perlu kita lakukan kalau pergi keluar negara.

“Cuma kita kena gunakan kelebihan kita daripada segi latihan dan persiapan yang tidak serumit seperti sebelum ini. Jadi kita perlu pastikan pasukan benar-benar bersedia untuk menempuh kelayakan itu,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN