[VIDEO]: “Terkapar-Kapar Ku Kelemasan” – Hafizul Hakim ‘Lemas’ Terima Sepakan ‘Ala Puskas’ Pemain Perak

Perak FC Hafizul Hakim Penang FC kelemasan 2022

Tular di media sosial terutamanya di laman sosial penyokong Perak FC ‘aksi’ penjaga gol baharu Penang FC yang juga bekas pemain mereka, Hafizul Hakim yang ‘kelemasan’ ditewaskan sepakan jarak jauh Khairul Asraf.

Seperti yang diketahui, Perak FC akan mengharungi Liga Premier tanpa pemain-pemain baharu hingga jendela perpindahan kedua dibuka pada Mei, namun, skuad ‘biasa’ itu telah menewaskan ‘Top 3’ Liga Super 2021, 2-0.

Dalam aksi pra-musim yang berlangsung di Stadium Bandaraya itu, pada malam tadi, The Bos Gaurus berjaya mempamerkan watak sebenar biarpun tanpa Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal dan Syamim Yahya dalam kesebelasan utama. Mereka telah dibawa masuk pada babak kedua, ketika Perak mendahului aksi 1-0.

 

Salah satu video yang ‘menarik’ adalah diiringi lagu dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Merisik Khabar yang mana liriknya tertulis, “Terkapar kapar ku kelemasan”, yang menggambarkan situasi penjaga gol, Hafizul Hakim yang dilihat seakan-akan ‘lemas’ dalam cubaan menafikan gol jarak jauh Perak oleh Khairul Asraf.

Penang turun dengan hampir kekuatan terbaik dimiliki mereka yang bakal mengharungi musim 2022, namun tampak masih gagal untuk mencipta sesuatu yang positif apabila berdepan skuad serba tempang Perak.

Diketuai kapten, Endrick dos Santos selain meletakkan penyerang sensasi mereka, Casagrande serta pemain baharu dari Lubnan, Hilal el-Helwe, Harimau Kumbang dilihat masih tercari-cari sentuhan seperti musim lalu.

Jika dengan pasukan bermasalah seperti Perak pun mereka masih gagal mendapatkan keputusan positif, jelas yang ia bakal menjadi musim mencabar buat pengendali, Tomas Trucha untuk membentuk skuad yang ampuh.

Sebelum itu, kira-kira empat hari yang lalu, dibarisi skuad yang hampir sama, mereka tunduk kepada Kelantan United dengan keputusan yang sama 0-2. Apa sudah jadi dengan Harimau Kumbang yang garang musim lalu?

Jelas, kehilangan tonggak-tonggak utama musim lalu masih memberi kesan mendalam terhadap prestasi mereka terutamanya pemain seperti Azwan Aripin, Quentin Cheng, Khairu Azrin Khazali dan Al-Hafiz Harun.

Dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) bakal membuka tirainya dalam tempoh kurang lebih dua minggu lagi, pastinya, keputusan ini menjadi satu peringatan khusus buat Penang untuk memperkemaskan pasukan dan satu lagi lonjakan moral buat Perak yang sedang dirundung masalah dalaman yang tak henti kunjung tiba.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN