‘Ikut Atau Langgar Peraturan Sendiri?’ – Beranikah MFL Singkir Perak & Kelantan Daripada Liga M?

Perak FC dan Kelantan FC hari ini disahkan tidak akan menghantar pasukan untuk pertandingan Piala Belia untuk saingan musim 2022.

Selain daripada Piala Belia, Perak FC turut disahkan tidak akan bertanding di pertandingan Piala Presiden.

Menurut ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam penyertaan Kelantan FC di pertandingan Piala Belia dan Kelantan FC di Piala Belia dan Piala Presiden pada musim ini tidak akan berlaku selepas kedua-dua kelab gagal melengkapkan pendaftaran pemain pada tarikh turut pendaftaran 18 Februari lalu.

Sebelum ini Kelantan FC telah memohon untuk menarik diri daripada pertandingan Piala Belia sehingga menyebabkan kelab itu  didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 13 Februari lalu kerana tindakan tersebut.

Berdasarkan kes dan denda yang dikenakan ke atas Kelantan FC, nasib sama juga dipercayai bakal diterima oleh Perak FC selepas ini.

Tidak cukup syarat?

Bagaimana pun timbul pertanyaan lain selepas itu. Adakah cukup sekadar mendenda kedua-dua pasukan?

Berdasarkan peraturan pelesenan kelab dan pertandingan Liga Malaysia yang digubal sendiri Malaysian Football League (MFL), kedua-dua pasukan sebenarnya tidak layak memperolehi lesen kebangsaan untuk bertanding di Liga Malaysia disebabkan perkara di atas.

Malah kedua-duanya dianggap tidak memiliki syarat yang dianggap mandatori untuk mendapatkan lesen kebangsaan.

Berdasarkan ciapan dan perkongsian salah seorang pengguna Twitter di atas, setiap pasukan yang bertanding di Liga Super Malaysia (MSL) harus memiliki empat pasukan peringkat umur.

Manakala pasukan yang bertanding di Liga Premier pula harus memiliki sekurang-kurangnya tiga pasukan peringkat umur. Tanpa pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia, ini bermakna Perak FC dan Kelantan FC sudah tidak memiliki dua pasukan bawah umur.

Untuk rekod, selain skuad Piala Presiden dan Piala Belia yang dikhususkan untuk pertandingan B-21 dan B-19, setiap pasukan di Liga Malaysia juga dibenarkan untuk bertanding di peringkat U-17 dan U10 (Rujuk ciapan di atas).

Bila MFL mahu hukum?

Jadi apakah tindakan susulan MFL selepas ini. Adakah MFL akan menarik balik lesen bertanding kedua-dua pasukan, sekali gus memaksa MFL membatalkan penyertaan Perak FC dan Kelantan FC di saingan Liga Malaysia pada musim ini?

Perkara tersebut mungkin tidak terjadi pada masa ini kerana penilaian pelesenan kelab dilakukan sekitar Oktober tahun lalu untuk pertandingan pada musim ini.

Ketiadaan penganjuran pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia  sejak dua musim lalu menyebabkan kedua-dua pasukan secara teknikal memenuhi syarat minimum.

Bagaimana dengan saingan Liga Malaysia pada musim 2023 selepas pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia diteruskan pada musim 2022 ini?

Jika peraturan tersebut diambil kira, hukuman berat pasti menanti kedua-dua pasukan, melainkan Perak FC dan Kelantan FC mampu bermain ‘silap mata’?

Sukar untuk membayangkan kedua-dua pasukan disingkir terus daripada saingan Liga Malaysia pada musim hadapan. Atau adakah akan ada pengecualian untuk Perak FC dan Kelantan FC – yang bermaksud peraturan sedia ada diabaikan oleh kedua-dua badan itu sekiranya berlaku?

Pasti semua pihak mahu tahu maklum balas daripada badan bola sepak  itu mengenai situasi kedua-dua kelab selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN