Liga Malaysia 2022 dianggap sebagai musim yang istimewa bagi penyokong bola sepak Sabah FC. Apa tidaknya, kepulangan Datuk Ong Kim Swee ke Sabah sejak 14 yang dilihat sebagai satu langkah yang ambitious daripada pengurusan kelab.
Jika dahulu beliau tiba di Negeri di Bawah Bayu sebagai pemain, kali ini Kim Swee datang dengan reputasi sebagai bekas pengendali skuad kebangsaan dan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Malah jurulatih berusia 51 tahun dari Melaka itu dilihat sebagai salah seorang jurulatih terbaik di Malaysia pada hari ini, yang memiliki identiti permainan tersendiri.
Tidak cukup dengan itu, Sabah FC turut memancing beberapa pemain kebangsaan seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Khairul Fahmi Che Mat.
Dan sejak sekian lama, gelombang kebangkitan bola sepak Sabah kali ini begitu terasa di setiap pelusuk negeri ini dan Sabah FC sekali lagi menjadi kemegahan rakyat negeri ini.
Jersi tampilkan jati diri Sabah FC
Sesuai dengan kehangatan yang dirasai, Sabah FC turut melancarkan jersi yang menampilkan jati diri Negeri di Bawah Bayu itu pada musim ini.
Didatangkan dengan tema ‘My Skin’ untuk jersi home, dan ’12’ untuk jersi away, kedua-duanya memiliki perngertian signifikan tersendiri kepada penyokong setia skuad badak.
DUA BELAS (12)
🦏 💥 ⚽️
• RM139 (players issue)
• RM99 (Fans issue)#Sabahmajujaya#Bangunlahbersatusemua#jerseylaunching #duabelas pic.twitter.com/mlUWJIlPBB— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) February 17, 2022
Jersi away yang dilancarkan terlebih dengan pilihan warna biru. Rekaan jersi ini diilhamkan dari jalur kontur negeri Sabah dan inspirasi dari Gunung Kinabalu yang merupakan lambang kemegahan negeri itu. Jersi ini juga didedikasikan khas untuk pemain ke-12, atau pun penyokong setia Sabah FC.
Jersi home Sabah FC pula tampil dengan pilihan warna merah dan putih. Bertemakan My Skin, ia tampil dengan corak sulaman Linangkit. Corak Linangkit adalah corak geometri yang terdapat pada sulaman tradisional masyarakat Dusun latud.
Anda boleh dapatkan ‘My Skin’ di
• Sabah FC Day Imago shopping mall centre atrium (19 & 20 Feb)
• Maxumax (tingkat 1, Imago shopping mall)
• Kedai Al-ikhsan & Football republic yang terpilih.
💥 Player issue RM139
💥 Fans Issue RM99 pic.twitter.com/6ZKjI1c0qw— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) February 19, 2022
Turut menarik pehatian adalah logo Sabah FC yang terletak di bahagian tengah dada. Mengikut penjelasan pengenalan jersi daripada pihak kelab, ia adalah satu kelainan yang diinspirasikan oleh Tony Stark ‘The Iron Man’.
Dapakan segera
Bagi anda yang mahu mendapatkan jersi Sabah FC pada musim ini, anda boleh berbuat demikian di kedai Al-ikhsan & Football republic yang terpilih.
Untuk penyokong Sabah FC yang berada di sekitar Kota Kinabalu, jersi-jersi ini boleh diperolehi di Maxumax (tingkat 1, Imago shopping mall).
Didatangkan di dalam dua versi, anda boleh memilih untuk mendapatkan player issue pada harga RM199, atau pun fan issue pada harga RM99 sahaja.