‘Mana Logo Pergi?’ – Apa Dah Jadi Dengan Jersi Ferran Torres?

Ferran Torres

Jika anda menonton aksi UEFA Europa League (UEL) semalam, anda pastinya akan perasan dengan sesuatu yang pelik pada jersi Ferran Torres.

Disaat jersi semua pemain yang lain kelihatan kemas dan baik-baik saja, jersi Ferran dilihat berbeza daripada semua yang ada diatas padang.

Hal ini kerana, jersi yang disarung oleh Ferran mengalami ‘kecacatan’ apabila tiada logo pengeluarnya iaitu Nike.

Lebih mengejutkan, logo kelab Barcelona juga tidak ada pada jersi beliau seperti yang dimiliki oleh rakan sepasukannya.

Perkara biasa

Insiden itu mendapat perhatian ramai memandangkan status perlawanan antara Barcelona dan Napoli yang dianggap sebagai aksi tumpuan bagi UEL kali ini.

Ianya sekali gus terus memberikan tamparan hebat kepada Barcelona yang sejak bermulanya era pasca Lionel Messi, ada saja yang tidak kena dengan mereka.

Ditambah pula yang Ferran menjadi penjaring gol untuk Barcelona, kamera pastinya tertumpu kepadanya untuk merakam saat-saat indah bekas pemain Manchester City itu menjaringkan gol untuk kelab baharunya.

Ferran Torres
BARCELONA, SPAIN – FEBRUARY 17: Ferran Torres of FC Barcelona (R) celebrates with teammate Pedri after scoring their team’s first goal from the penalty spot during the UEFA Europa League Knockout Round Play-Off Leg One match between FC Barcelona and SSC Napoli at Camp Nou on February 17, 2022 in Barcelona, Spain. (Photo by Eric Alonso/Getty Images)

Namun begitu, apa yang berlaku terhadap Ferran ini bukanlah perkara baharu dalam bola sepak.

Insiden jersi tidak lengkap ini bukanlah pertama kali berlaku di peringkat tertinggi bola sepak. Malah, ia tidak akan menjadi yang terakhir.

Insiden yang berlaku ini pastinya bukanlah sesuatu yang disengajakan oleh pihak Barcelona atau Nike.

Ia semestinya berlaku atas kesilapan dan kecuaian yang dilakukan oleh mereka kerana hanya jersi Ferran sahaja yang tidak mempunyai logo kelab dan pengeluar jersi.

Apa pun, ia tidak mengubah fakta yang Ferran menunjukkan kualitinya sebagai pemain apabila berjaya membantu Barcelona mendapatkan gol menentang Napoli.

Ferran berjaya memperoleh gol untuk memastikan Barcelona tidak kalah di laman sendiri, namun dirinya tetap kecewa kerana gagal mendapatkan jaringan kemenangan.

Hal ini disebabkan pemain itu melepaskan beberapa peluang penting untuk membolehkan Barcelona selesa menjelang aksi di Naples selepas ini.

Jaringan Ferran pada minit ke-59 menafikan gol pembukaan dari Piotr Zielinski pada minit ke-29.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN