“Ini Tahun Terakhir Saya” – Irfan Bakti Nekad bawa Kuching City Ke Liga Super

Irfan Bakti Abu Salim yang merupakan pengendali utama Kuching City memberi keyakinan mengenai tiga pemain import pasukan ini mampu untuk membuatkan mereka mencabar kejuaraan Liga Premier musim ini.

Tiga import berkenaan adalah Yuki Tanigawa berasal dari Jepun dan bermain di posisi tengah pasukan. Manakala dua penyerang import pula adalah Abu Kamara dari negara Liberia serta pemain kelahiran England, Keanu Marsh-Brown.

Pengendali yang sangat berpengalaman luas itu turut membawa hasrat untuk memacu pasukannya beraksi di Liga Super musim 2023 dan melihat kemampuan tiga import itu boleh memainkan peranan penting sepanjang musim baharu ini selain memberi nilai tambah pada kekuatan Kuching City.

“Dengan kehadiran tiga pemain import baharu mungkin dapat mengubah suasana pasukan saya,” katanya ketika dihubungi oleh BERNAMA.

Pada musim lalu, Kuching City menamatkan persaingan Liga Premier di tangga kelima dan pada perlawanan pembukaan musim baharu ini mereka bakal berdepan cabaran pertama iaitu PDRM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 7 Mac.

Dikhabarkan sendiri oleh pengendali berusia 70 tahun itu bakal menamatkan karier beliau dengan menjadikan musim ini sebagai tahun terakhir beliau selaku jurulatih bola sepak apabila Irfan Bakti menyatakan hasrat mahu bersara.

“Sebelum saya tinggalkan dunia bola sepak, saya nak Kuching City FC berada di Liga Super. Untuk masa depan saya tidak tahu lagi sebenarnya tetapi niat saya memang ini tahun terakhir saya.

“Saya rasa saya jurulatih paling tua di Malaysia ketika ini,” katanya dalam nada ketawa.

Ketika ditanya mengenai cabaran liga pada musim ini, pemenang anugerah Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 itu menganggap persaingan liga pada edisi kali ini lebih sengit dan mengakui setiap pasukan mempunyai kelebihan tersendiri.

Untuk itu, Irfan menuntut semua anak buahnya untuk memberikan aksi yang terbaik dan menuntut mereka lebih fokus dalam setiap perlawanan selain tidak memandang rendah pada setiap lawan yang dihadapi.

“Matlamat dan objektif pasukan adalah naik ke atas (layak ke Liga Super) jadi permikiran pemain perlu ada mentaliti juara,” katanya.

Pada aksi pramusim kali ini, Kuching City berjaya mempamerkan rentak permainan yang positif setelah menewaskan pasukan pencabar Liga Super, Sabah dengan keputusan 1-0 di Kota Kinabalu.

Mereka bakal melengkapkan jelajah pramusim kali ini dengan siri perlawanan persahabatan di semenanjung menentang Negeri Sembilan FC, hari ini, Petaling Jaya City FC (17 Feb) dan juara Liga Super 2021 Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 19 Feb.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN