Pasukan seberang tambak, Singapura tidak mempunyai jalan lain selain muncul sebagai johan Piala AFF B-23 esok.
Harapan tinggi itu disuarakan oleh jurulatihnya sendiri iaitu Nazri Nasir walaupun skuad mudanya bakal berdepan cabaran getir.
Nazri dan Singapura akan berdepan Thailand dan juga Vietnam. Mereka akan memulakan cabaran pada 16 Februari ini.
Hanya Piala Sahaja Dibenarkan
Menurut Nazri, beliau tidak mahu perkara lain melainkan kejuaraan.
Bahkan, hanya sekadar lolos ke pusingan kalah mati juga tidak diterimanya.
“Kami datang untuk menang, dan bukannya sekadar sertai kejohanan ini.”
“Rasanya sudah lama kami tidak menjadi juara di peringkat Asia Tenggara terutamanya di peringkat bawah umur,” kata Nazri menerusi The Straits Times.
Dalam masa yang sama, Nazri tidak memandang Piala AFF B-23 sebagai kejohanan bawah umur yang boleh dimaafkan jika tidak menjadi juara.
Sebaliknya ini adalah kejuaraan yang menjadi sempadan kepada penyertaan ke skuad kebangsaan di perigkat senior.
“Para pemain perlu berjuang habis-habisan setiap minit, beraksi lebih daripada kemampuan dan bertanggungjawab.”
“Tiada ruang untuk alasan yang kejohanan ini adalah untuk pembangunan pemain atau mereka masih lagi muda.”
“Semuanya tentang kemenangan dan pemain perlu percaya semua itu.”
Nazri merupakan kapten Singapura sewaktu mereka menjulang Piala Tiger pada tahun 1998.