Kenapa Diberikan Kemenangan 3-0 Kepada ‘Feeder Team’ Sendiri, Ini Kronologi TFC

Satu insiden pergaduhan bola sepak telah berlaku semalam membabitkan Penang dan Terengganu II dalam perlawanan terakhir Kejohanan Bolasepk 4 Penjuru di Stadium Sultan Ismail Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dengan kekecohan yang agak besar terjadi.

Pergaduhan itu tercetus pada minit ke-45 yang menyaksikan pengadil perlawanan, Mohd Amirul Aizat Mat Lodin terpaksa menghentikan perlawanan tersebut bagi meleraikan situasi yang berlaku.

Berikut merupakan kronologi insiden yang dikeluarkan oleh media rasmi Facebook Terengganu sebentar sehingga menyebabkan pemain Penang, Adib Raop mengalami kecederaan yang agak serius pada bahagian muka.

Provokasi atas kegagalan Penalti Endrick Dos Santos

Insiden mula tercetus apabila Endrick gagal menyempurnakan penalti dan dan para pemain Terengganu yang dilihat terlalu berlebihan untuk meraikan kegagalan tersebut tanpa sebarang sentuhan keatas mana-mana pemain Penang.

Akibat tidak mampu menahan tekanan, salah seorang pemain Penang yang berjersi nombor 14 telah mengambil tindakan dengan menumbuk bahagian belakang pemain Terengganu yang berjersi 23 sekali gus menjadi punca pergaduhan berlaku.

Setelah itu aksi kejar mengejar mula berlaku sehingga memerlukan pihak pegawai keselamatan, pegawai pasukan, dan pegawai perlawanan untuk meleraikan insiden terbabit  dan secara langsung perlawanan separuh masa pertama ditamatkan segera untuk kedua pasukan kembali ke bilik persalinan masing-masing.

Penang tak mahu sambung perlawanan, kemenangan percuma buat Terengganu II

Hasil perbincangan bersama pihak pengadil perlawanan, penilai pengadil, koordinator perlawanan, serta wakil kedua-dua pasukan, masing-masing memberi kata persetujuan untuk meneruskan perlawanan di separuh masa kedua.

Atas jaminan keselamatan pihak penganjur, para pemain dan pegawai Terengganu II keluar terlebih dahulu dari bilik persalinan untuk menuju ke padang bagi menyambung perlawanan.

Namun sebaliknya berlaku buat pemain Penang yang masing-masing meninggalkan bilik persalinan dan menaiki bas pasukan untuk tidak mahu menyambung perlawanan.

Makluman dari kenyataan media Terengganu juga menyatakan pemain jersi nombor 11 Terengganu II telah dilayangkan kad merah sebelum perlawanan separuh masa kedua bermula.

Disebabkan pemain Penang enggan kembali ke padang perlawanan, kemenangan percuma telah diberikan oleh pengadil dengan tiupan wisel yang dibunyikan untuk menamatkan permainan.

Menurut kenyataan tersebut, Terengganu II berhak mencatat kemenangan percuma berdasarkan peraturan pertandingan yang digunakan ( Peraturan Pertandingan Klausa 17.1 – Tarik Diri atau Gagal Bermain).

Walaupun begitu, pihak pengurusan Terengganu telah berjumpa dengan wakil pengurusan Penang bersama penganjur kejohanan untuk saling meminta maaf atas insiden yang berlaku sehingga membabitkan pergaduhan yang agak besar.

Penang juga telah berangkat pulang ke hotel penginapan mereka dalam keadaan terkawal serta tiada apa-apa insiden yang berlaku selepas itu. Dalam masa sama, pihak Terengganu juga mendoakan agar kecederaan yang menimpa Adib Raop tidak serius serta mampu untuk meneruskan karier beliau dalam bola sepak.

Penjelasan akan diambil oleh Terengganu buat para pemain yang terlibat

Sehubungan kejadian itu, pihak pengurusan Terengganu akan memanggil kesemua para pemain yang terlibat serta para pegawai bagi meminta penjelasan sebenar yang berlaku.

Pihak pengurusan juga dengan tegas berharap agar insiden yang sama tidak akan berulang dan berharap para pemain menjadikannya sebagai pengajaran dan pengalaman untuk penganjuran akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN