Adidas Tarik Tajaan Kurt Zouma, Kucing Kini Di Bawah Jagaan Pusat Perlindungan Haiwan

Kurt Zouma West Ham

Adidas sah telah menamatkan tajaaanya kepada Kurt Zouma ekoran video tular yang memaparkan pemain pertahanan West Ham United itu menendang dan menampar kucing peliharaannya baru-baru ini.

Pemain berusia 27 tahun itu telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi Adidas tetap mengambil keputusan untuk menamatkan ikatan dengan pemain antarabangsa Perancis berkenaan.

“Kami telah memuktamadkan siasatan dan mengesahkan Kurt Zouma bukan lagi atlet di bawah kontrak bersama Adidas,” ujar jurucakap Adidas.

Syarikat barangan kesihatan, Vitality turut mengesahkan pihaknya kini menggantung sementara tajaan mereka terhadap West Ham United kerana tidak berpuas hati dengan cara kelab tersebut mengendalikan kes melibatkan pemainnya.

Kelab London itu mendakwa mereka telah mengenakan denda dua minggu gaji terhadap Zouma, tetapi telah diturunkan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Watford walaupun terdapat desakan supaya pemain tersebut digantung.

“Kami amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh kelab sebagai tindak belas terhadap insiden ini. Sehubungan itu, kami menggantung penajaan terhadap West Ham United,” ujar jurucakap syarikat berkenaan.

“Kami ini akan terus berhubung dengan pihak kelab untuk mendapatkan penjelasan tindakan mereka dalam menangani situasi ini.”

Pengurus West Ham United, David Moyes mempertahankan keputusannya memilih Zouma turun dalam kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Watford.

“Saya tahu apa perasaan orang ramai, tetapi saya di sini sebagai pengurus bola sepak,” ujar Moyes.

“Saya lihat Kurt sudah minta maaf dan saya faham bukan semua orang boleh terima permohonan maaf. Tetapi pada saya dia secara jujur telah melakukannya dan saya pula perlu teruskan kerja saya.”

Persatuan Diraja Untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) sebagai pertubuhan yang melindungi haiwan di England dan Wales telah mengesahkan kedua-dua ekor kucing Zouma kini selamat di bawah jagaan mereka.

“Kami telah menangani perkara ni sejak klip itu menjadi tular dalam talian dan kami perlu mengikut proses yang betul dan tidak mengeluarkan kenyataan berdasarkan undang-undang UK.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN