‘Buat Apa Nak Takut?’ – Azfar Fikri Anggap Kekuatan Malaysia, Indonesia Sama Sahaja

Azfar Fikri Pratama Arhan

Pemain tengah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Azfar Fikri Azhar menyedari hakikat bahawa tidak mudah untuk berdepan skuad Indonesia di Kejohanan AFF B-23 di Kemboja yang akan bermula kurang seminggu sahaja lagi.

Garuda Muda akan diperkuatkan dengan beberapa pemain yang menyerlah di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 tempoh hari dengan membantu Indonesia muncul naib juara di belakang Thailand.

Pemain-pemain seperti Pratama Arhan, Alfeandra Dewangga, Rachmat Irianto, Ramai Rumakiek merupakan di antara pemain yang menjadi sandaran ketika Indonesia membelasah Malaysia 4-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Kagum Lihat Jaringan Robek Harimau Malaya, Wartawan Itali Saran Lazio Segera Rekrut Pratama Arhan

Namun bagi Azfar, ia tidak sepatutnya menjadi asbab untuk beliau dan rakan sepasukannya gentar kerana pada pandangannya tahap kekuatan Malaysia dan Indonesia sama sahaja.

“Ada antara mereka dari pasukan senior, tetapi saya percaya tahap kami sama sahaja,” ujar pemain muda Terengganu itu ketika ditemubual oleh The Star.

“Kami perlu berikan yang terbaik dan bermain tanpa rasa takut. Malah kami perlu bermotovasi untuk cuba menewaskan pasukan yang kuat ini.”

Azfar merupakan kapten pasukan dan penjaring gol ketika skuad kendalian Brad Maloney itu berjaya mengikat Sabah dalam aksi persabatan pertama mereka baru-baru ini.

Malaysia akan bersaing dengan Indonesia, Myanmar dan Laos dalam kumpulan B bagi menentukan juara kumpulan yang akan layak ke separuh akhir bersama satu naib juara kumpulan terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN