Penyerang Manchester United, Anthony Martial yang dipinjamkan ke Sevilla ibarat menerima satu tamparan besar terhadap realiti perjalanan kariernya setakat ini selepas penampilan pertama yang mengecewakan di La Liga.
Pemain berusia 26 tahun itu berusaha keras memastikan perpindahan keluar dari Old Trafford pada jendela perpindahan Januari lalu.
Namun berdasarkan prestasi pada perlawanan menentang Osasuna pada hujung minggu lalu, ada banyak perkara perlu diberi perhatian oleh Martial untuk memastikan dirinya benar-benar mampu beraksi pada tahap terbaik seperti sebelum ini.
Prestasi penyerang dari Perancis itu sebelum ini turut tidak lari daripada kritikan, setelah hanya mampu menyumbang empat gol daripada 22 penampilan di Premier League bersama Manchester United pada musim lalu.
Debut mengecewakan
Tidak ada banyak perbezaan di dalam aksi Martial ketika bersama Sevilla dalam aksi menentang Osasuna.
Malah ketumpulan pemain itu turut menjadi salah satu sebab skuad kendalian Julen Lopetegui terpaksa berpuas hati hanya dengan satu mata, ketika pasukan itu kini dalam usaha untuk bersaing dengan Real Madrid di kemuncak liga.
👁 | Disappointing start for Anthony Martial out in Spain as Sevilla were held to a 0-0 draw at Osasuna
⏱ Minutes played 77
🤤 Dribbles 2/4
🤺 Duels won 5
🎟 Passes complete 33/36
👻 Dispossessed 4
🎯 Shots 0#MUFC | #Sevilla pic.twitter.com/0GBRjRtpqM— ΛROUND THE GROUNDS (@ArndTheGrnds) February 6, 2022
Aksi hambar penyerang berusia 26 tahun itu menyaksikan beliau dikeluarkan oleh Lopetegui selepas 77 minit perlawanan berlangsung.
Walaupun daripada segi statitik, apa yang dihasilkan oleh Martial dianggap memuaskan, secara keseluruhan kehadiran pemain itu tidak memberikan ancaman kepada lawan seperti mana yang diharapkan.
Kritikan Lopetgui
Bekas pengendali skuad kebangsaan Sepanyol dan Real Madrid itu juga tidak berselindung memberikan kritikan dan menjelaskan apa yang beliau harapkan daripada pemain berprofil tinggi seperti Martial.
“Beliau harus beraksi dan memberikan lebih banyak [impak] kepada pasukan. Kami faham ini adalah perlawanan pertama dan ia mengambil masa untuk beliau menyesuaikan diri,” kata Lopetegui selepas perlawanan.
“Beliau datang dengan beban yang berat kerana jarang beraksi. Perlahan-lahan beliau harus memastikan dirinya kembali dengan pantas.”
🎙Julen Lopetegui 🇪🇸 on Anthony Martial 🇫🇷: "He has to give us more. It was his first game, it's not easy to adapt. He comes with a bit of baggage because he's hardly played. Bit by bit he has to get up to speed." #SevillaFC pic.twitter.com/WNzhPT9zA2
— RouteOneFootball (@Route1futbol) February 6, 2022
Kemerosotan prestasi Martial begitu ketara selepas pemain itu berjaya menghasilkan 23 gol pada musim 2019-20 untuk Manchester United.
Pada musim ini, Martial hanya berjaya menjaringkan satu gol daripada lapan perlawanan untuk Manchester United sebelum dibenarkan untuk menyertai Sevilla.
Perlawanan seterusnya untuk Martial membuktikan dirinya bersama Sevilla adalah pada Jumaat akan datang ketika berkunjung ke tempat lawan menentang Elche.