Trio ‘KKM’ Sedia Gegar Penang FC Dalam Aksi Pembuka Tirai Kejohanan 4 Penjuru

Trio KKM Terengganu Kpah Kipre Mintah 2022

Ini bukan trio Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan Jordan Mintah yang mungkin bakal dipertaruhkan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain berdepan Penang FC, malam ini.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi persahabatan empat penjuru melibatkan Terengganu FC, TFC II, Penang dan Sri Pahang dalam merebut Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 yang dijangka membuka tirainya pada malam ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ia dijangka satu pertembungan menarik.

Yang menariknya adalah Terengganu musim ini dilihat akan mempertaruhkan jentera depan yang lebih tajam dengan penyertaan Kpah Sherman dan Kipre Tchetche yang menyertai mereka dari Kedah Darul Aman FC.

Kedah melakar 44 gol musim lalu – ketiga terbanyak dalam saingan Liga Super selepas Johor Darul Ta’zim (50 gol) dan Selangor FC (45 gol). 23 daripada 44 jaringan itu dihasilkan oleh kedua-duanya iaitu kira-kira separuh daripada keseluruhan gol pasukan. Jika Kpah Sherman tidak terlibat dengan skuad kebangsaan, tentu ia lebih.

Musim lalu, Terengganu sangat bermasalah di jentera serangan apabila David da Silva yang diharapkan untuk menjadi penggempur berbahaya gagal secara total untuk memberikan impak bagi membantu pasukannya.

Kpah Sherman, Kipre Tchetche Akan Lonjak Ketajaman Jentera Serangan Terengganu

Selain itu, mereka turut memiliki peledak berbisa dari TFC II, Jordan Mintah yang memang klinikal di depan gawang. Adakah Terengganu akan cuba meletak gandingan trio KKM untuk aksi pra musim berdepan Penang?

Untuk Penang pula, mereka akan melalui musim ‘segar’ semula apabila kehilangan majoriti besar pemain-pemain musim lalu yang membantu mereka mengejutkan banyak pihak, menamatkan saingan di kedudukan ketiga Liga Super dalam musim pertama mereka kembali ke saingan utama. Penang akan bermula semula.

Jadi, aksi persahabatan berdepan Terengganu ini dilihat adalah yang terbaik untuk menilai tahap sebenar mereka untuk saingan musim depan yang dijangka akan lebih mencabar. Dengan barisan pemain baharu, kita akan dapat melihat wajah baharu Harimau Kumbang dan adakah mereka mampu untuk memberikan impak?

Kejohanan empat penjuru ini akan bermula pada 5 sehingga 9 Februari ini dan akan berlangsung di dua buah stadium di Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN