Liverpool dilaporkan berkemungkinan akan menggugurkan legenda kelab, Loris Karius dari senarai skuad utama dalam usaha mereka untuk mendaftarkan Luis Diaz.
Menurut sumber laporan dari The Mirror, The Reds sudah memiliki senarai 23 pemain bagi menghadapi baki saingan liga musim ini, dan senarai tersebut tidak termasuk nama Luis Diaz.
Skuad kendalian Jurgen Klopp sedikit sibuk pada jendela perpindahan Januari ini, dan ia jelas sekali bukanlah satu hal yang dijangka akan berlaku.
https://twitter.com/AnfieldFootball/status/1488624183475064836?t=autXfTo5dDMGd7yZd46X7g&s=19
Mereka berjaya melengkapkan penandatanganan bintang Porto, Luiz Diaz dengan yuran perpindahan bernilai £37 juta pada jendela perpindahan Januari ini.
The Reds juga sudah hampir untuk melengkapkan penandatanganan Fabio Carvalho dari Fulham pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup.
Walau bagaimanapun, urusan penandatanganan Fabio Carvalho sedikit terganggu dan tak dapat diteruskan kerana ada masalah melibatkan dokumentasi.
Selain dari berjaya membeli seorang pemain, Liverpool juga turut akan kehilangan dua pemain dengan Neco Williams dan Nathaniel Phillips telah dipinjamkan kepada Fulham dan Bournemouth.
Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Premier League, setiap kelab dibenarkan mendaftarkan 25 pemain dalam skuad mereka, dengan hanya 17 sahaja pemain asing yang boleh berada dalam senarai tersebut.
Loris Karius, Liverpool fate sealed as Luis Diaz transfer forces Ju… (TEAMtalk)
As regards the quantity of signings, the Reds had a quiet transfer window.Indeed, former Por…
Add your highlights:https://t.co/Aod2elqB6d
#LFC #Liverpool— Liverpool FC Briefly (@TheReds_FC_b) February 2, 2022
The Reds sudah memiliki 17 pemain asing dan mereka jelas sekali perlu singkirkan salah seorang dari mereka dan malang untuk Karius, beliau merupakan calon kegemaran yang bakal disingkirkan.
Penjaga gol dari Jerman itu sudah sangat lama tidak membuat sebarang kemunculan bersama kelab, dengan insiden ngeri yang berlaku pada aksi perlawanan akhir Champions League 2018 itu sudah tentu akan segar dalam ingatan beliau.
Karius dalam perlawanan tersebut beberapa kali melakukan kesilapan yang sangat mengerikan dan menyebabkan Liverpool terlepas kesempatan menjulang kejuaraan UCL selepas tewas 3-1 di tangan Real Madrid.
https://twitter.com/AnfieldFootball/status/1488624183475064836?t=wS1EfX92DVuSD1cFaKVebw&s=19
Baki lapan dari 25 pemain dalam skuad mestilah pemain tempatan dan Liverpool sebelum ini hanya mendaftarkan tujuh sahaja pemain tempatan pada awal musim 20221/2022.
Walau bagaimanapun, selepas pihak kelab memutuskan untuk meminjamkan Nat Phillips, The Reds jelas sekali tidak akan mampu memenuhi kuata tersebut.
Ia juga membawa maksud yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya akan dibarisi oleh 23 pemain sahaja sehingga akhir musim ini nanti.
Hal itu walau bagaimanapun sepertinya tidak akan mengganggu perjalanan Liverpool untuk mencabar kejuaraan Premier League kerana peraturan tidak menetapkan untuk mereka mendaftarkan pemain di bawah usia 21 tahun.
Ia bermaksud pemain seperti Harvey Elliott, Curtis Jones dan Kaide Gordon masih boleh bermain walau nama mereka tidak didaftarkan dalam senarai 23 pemain itu.
Liverpool starand#8217;s fate sealed, as Luis Diaz transfer forces Klopp to trim Premier League squad (TeamTalk) https://t.co/dHKJUBxfAc
— LFCNews (@LFCNews) February 2, 2022
Liverpool kini hanya sembilan mata di belakang Manchester City
The Reds pada ketika ini masih berkesempatan untuk memenangi gelaran liga, dengan mereka kini berada di kedudukan kedua selepas mengumpul 48 mata dari 22 perlawanan.
Mengikut kedudukan pada ketika ini, skuad kendalian Jurgen Klopp itu sembilan mata di belakang pendahulu saingan Premier League, Manchester City.
Walau bagaimanapun Juara enam kali saingan Champions League itu masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1486241991197351937?t=mQ–SmPAq8EXs_-gEGhiZg&s=19
Februari merupakan bulan penting untuk The Reds, dengan mereka akan turun beraksi bertemu Inter Milan di pusingan 16 terbaik saingan UEFA Champions League.
The Reds juga akan turut beraksi bertemu Chelsea dalam aksi perlawanan akhir Carabao Cup pada 27 Februari nanti.
Anak-anak buah Jurgen Klopp itu sangat yakin yang mereka masih berkesempatan untuk memintas Manchester City, seterusnya muncul juara saingan Premier League musim ini.
Loris Karius would likely be removed from Liverpool's Premier League squad in order for Luis Diaz to be registered, due to the club hitting their maximum quota of 17 overseas players. [@IanDoyleSport]
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) January 28, 2022
Memandangkan saingan liga masih sangat panjang, maka jelas sekali tidak mustahil untuk hal itu akan berlaku, namun mereka tentunya perlu mengelak dari keciciran sebarang mata.