Analisis Taktikal Piala Malaysia 2016: Taktikal Bertahan FELDA United Gagal

T-Team menang dalam satu perlawanan yang agak intensif menentang Felda United yang sebelum ini membawa bekalan jaringan tempat lawan.

Analisis

1. T-team Bermain Garisan Pertahanan Tinggi

Ia adalah idea untuk memaksa Forkey tidak terlalu awal sampai ke dalam kota penalti. Idea ini agak relevan namun begitu disiplin pemain-pemain T-Team ketika bertahan kadangkala mereka agak hilang fokus.

tt2

Sepanjang perlawanan mereka cuba meletakkan garisan pertahanan yang tinggi. Ini menyebabkan Felda United banyak melakukan cubaan dari luar kotak penalti.

Felda United agak tumpul di hadapan pintu gol walaupun ada beberapa ketika mereka berjaya memecahkan organisasi pertahanan T-Team.

2. Transisi T-team

T-team melakukan transisi dengan kepantasan serta banyak menggunakan Makan Konate yang dan Dilshod yang bermain box to box dalam perlawanan ini.

Namun terdapat sedikit kepincangan dari aspek sokongan yang tidak cukup kuat dari garisan pertahanan dari segi jarak dan juga urgencies untuk memberikan sokongan.

t7

Ruang yang besar di antara pemain pertahanan dan tengah kerap digunakan Felda United dengan selesa setiap kali melakukan serangan balas.

Ini salah satu lagi contoh masalah sokongan di antara bahagian/unit mereka di dalam padang yang menyukarkan bola dialirkan dengan lebih cepat.

tt3

Dalam perlawanan ini, T-Team ada isu yang jelas di posisi defensive midfielder secara posisi.

Mereka bermain dengan baik ketika menyerang dengan kemampuan mereka untuk bermain hantaran pendek dan pantas. Namun apabila diserang, ada ruang yang ketara di zon 14 Felda United yang terlalu besar.

tt111

3. Felda United Bermain Taktikal Defensif Dan Counter Attack

Mereka sentiasa meletakkan unit pemain yang ramai setiap kali diserang oleh pihak lawan. Ia lebih kepada bertahan secara kuantiti untuk membentuk unit yang besar.

Sifat(attitude) taktikal bertahan mereka sangat agresif dan cuba sedaya upaya memberikan cabaran secara fizikal dan aerial duel.

tt9

Taktikal ini memang menyukarkan T-Team. Namun ia jelas mereka selesa dengan kelebihan jaringan tempat lawan dan yakin akan mendapat sesuatu daripada serangan balas.

Di bawah ini adalah sampel 9 pemain Felda United bertahan dengan hanya Forkey sahaja di bahagian serangan. Gambar ini juga menunjukkan aspek koordinisi formasi itu bukan perkara utama, yang penting kuantiti.

tt10

4. Forkey Doe vs Maiga

T-team mengambil pendekatan yang sangat berisiko dalam perlawanan ini apabila cuba mengenakan man to man marking ke atas Forkey.

tt11

tt

Ia berisiko kerana mereka bermain garisan pertahanan tinggi. Maiga mungkin berjaya berdasarkan jaringan 0 oleh Felda United, namun dari segi taktikal ia kurang efektif.

Forkey Doe tidak terlalu bergantung kepada menanti bola di dalam kotak penalti, beliau ada mobilti yang tingi.

tt15

Forkey kerap mencipta ruang di belakang beliau setiap kali Maiga menekan beliau. Namun kualiti penyudah dan gerakan akhir Felda United pada malam tersebut agak sederhana.

tt13

5. T-Team Menukar Arah Serangan Ke Bahagian Kiri

Mereka ada unit pemain yang lebih berteknikal di sebelah kiri. Setiap kali mereka menyerang, mereka akan cuba menukar bola ke arah kiri secepat mungkin.

Di bawah ini adalah lakaran corak hantaran dominan pasukan T-Team. Di sebelah kiri ada Konate dan Dilshod yang kerap bertukar-tukar peranan.

Mereka kerap mewujudkan attacking 4 keranan gerakan Dilshod yang cuba terlibat di garisan serangan.

tt22

Ini antara contoh apabila ruang sebelah kiri sesak kerana pertahanan Felda United. T-Team cuba membuka ruang dengan menukar arah ke kanan. Mereka akan berusaha akan tukarkan arah (switch) sekali lagi ke kiri.

slsl1sl2

Ini satu lagi contoh bagaimana mereka akan cuba sekali lagi menukar permainan ke sebelah kiri.

ttsttsstts2

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, ia adalah perlawanan yang seimbang. Kedua-dua pasukan masing-masing memiliki peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan. T-Team mendapatkan gol menerusi situasi bola mati.

Felda United lebih defensif manakala T-Team lebih terbuka. Walaubagaimanapun, Felda United tetap cuba untuk menyerang secara unit dalam counter attack.

T-team perlu memperbaiki isu organisasi defensive midfielder mereka. Pada masa yang sama, Rahmad Darmawan juga perlu mengkaji semula organisasi back 4 T-Team yang menggunakan pendekatan man to man marking ke atas penyerang lawan dalam taktikal garisan pertahanan yang tinggi.

1 gol sudah cukup untuk memastikan T-Team mara ke separuh akhir Piala Malaysia. Mereka ternyata ada kesungguhan dan cuba bermain dalam taktikal dengan bola rendah.

Mereka terus berusaha untuk memecahkan blok rendah Felda United yang agak degil.

Tahniah T-Team!

Pemai  terbaik perlawanan

Dilshod Sharofetdinov (T-Team)

kredit gambar: bharian.com.my
kredit gambar: bharian.com.my

Baca juga:Analisis Taktikal EPL 2016/17: Suntikan Baru Ronald Koeman Di Everton Dan Operasi Di Half Space

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN