“Menjunjung Kasih Tunku” – Hamidin Terima Teguran & Kritikan TMJ Terhadap FAM

FAM TMJ

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima setiap cadangan dan teguran yang diutarakan oleh Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai pendedahannya tentang punca kegagalan skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 tempoh hari.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin yang ditemubual oleh Bernama berkata pihaknya aka meneliti segala permasalahan yang dibangkitkan oleh TMJ demi kebaikan bola sepak negara.

“Saya menjunjung kasih kepada TMJ dan akan meneliti cadangan yang telah dikemukakan baginda, selaku bekas Presiden FAM berhubung kegagalan skuad kebangsaan,” ujar Hamidin.

“Kami mengambil dari sudut positif segala teguran dan cadangan tersebut akan kami perhalusi sebaiknya demi kebaikan semua pihak terutama dalam pengurusan bola sepak negara.”

Antara perkara yang dibangkitkan oleh TMJ adalah kegagalan FAM dalam membina hubungan dengan media dan penyokong sehingga wujud jurang komunikasi menyebabkan timbulnya persepsi yang buruk.

“Isu tangan ghaib ini lebih kepada ada beberapa pihak yang mahu lepaskan tangan atau selamatkan kepala masing-masing. Kegagalan perancangan, kegagalan jurulatih untuk ada hubungan yang telus dengan media dan penyokong,” ujar pemilik JDT itu dalam temubualnya bersama Astro Arena.

“Ini semua ada tangan ghaib, senang sahaja. Saya sebagai kambing hitam sedangkan saya tiada kaitan pun dengan benda ini. Mungkin mahu selamatkan diri masing-masing, jadi mainkan persepsi seolah-olah TMJ kawal segala-galanya.

“Kalau nak katakan [JDT enggan lepaskan pemain], berapa ramai pemain JDT ke Jordan. Kesebelasan utama dan juga pemain simpanan kerana saya sentiasa menolong skuad kebangsaan. Kita ada persefahaman dengan semua pasukan dalam negara untuk bantu skuad kebangsaan.

“Sebab itulah, saya katakan jurulatih dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kena lebih telus kerana kalau tidak, akan keluar persepsi macam-macam orang kata saya kawal semuanya.”

“FAM dan Tan Cheng Hoe kena lebih jelas kepada media mengenai panggilan pemain. Sebagai contoh, Matt Davies ada pembedahan hernia. Corbin Ong pun ada kecederaan, Natxo perlu memeriksa jantungnya selepas final dan kita hantar dia ke Barcelona.

Beliau juga beranggapan penubuhan badan siasatan bebas yang diketuai Datuk Dell Akbar Khan kononnya untuk mengenal pasti punca kegagalan skuad kebangsaan sebagai tindakan ‘membuang masa’.

“Awak ada tengok JDT mesyuarat? Saya tak pernah pergi mesyuarat, saya panggil semua yang bekerja dalam kelab, beri saya laporan, di situ juga saya membuat keputusan dan laksanakan kerja masing-masing, habis cerita,” tambah TMJ lagi.

“Tak guna nak siasat, tangguh keputusan mesyuarat yang lagi satu, itu semua membuang masa, nak buat kerja di mana-mana sahaja boleh, tapi yang penting kena cepat buat keputusan tak boleh tangguh.

“Di JDT semua orang beri saya laporan, saya cakap benda itu tak betul, jangan buat benda itu dan ini, buat perancangan terus buat keputusan… beri mereka kebebasan penuh untuk menjalankan tugas.

“Jika ada masalah kami bersama-sama ada sikap tanggungjawab untuk betulkan. FAM patut ikut cara sama, tak perlu mesyuarat tanya itu dan ini, fail tebal, saya tahu sebab saya dulu dalam FAM.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN